Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Rabu, 18 Mac 2009

Projek D-Baca Buku

TUJUAN

Berkongsi peluang dengan individu dan pihak berminat melalui buku yang dibacakan supaya didengari.



SENERIO

Buku dibaca. Pembacaan Sepanjang Hayat. Namun perangkaan menunjukkan berapa ramai pembaca buku. Berapa ramai membeli buku dan dibaca.

Dari perangkaan itu, kita dapat ketahui ada potensi yang boleh dimanfaatkan terutama gerak mula diusahakan Yayasan Pembangunan Buku Negara, melalui Komponen 2 - Akademi Buku Negara.



CADANGAN

Projek D-Baca Buku



PENJELASAN

Apa?

Sebuah buku yang menjadi puncak di pasaran, sudah kehausan jualan. Nilainya masih mentap, lalu dibacakan supaya dibentuk dalam format boleh didengari orang.



Siapa?

Beberapa pihak diizinkan berkongsi kek peluang ini. Di antaranya:

01. Pemimpin dan Kementerian Kerajaan berkaitan.

02. Pelabur

03. Yayasan Pembangunan Buku Negara

04. Perpustakaan, Perpustakaan Elektronik, dan Perpustakaan Digital

05. Studio Rakaman

06. Penganggur Anjak Peniaga

07. Mahasiswawi UiTM

08. Pengilang

09. Individu Berminat



Di Mana?

Semuanya bermula di Pejabat Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Pembangunan Buku Negara.




Bila?

Sebaik sahaja pembuat keputusan Yayasan Pembangunan Buku Negara, bersetuju dan merestui.



Kenapa?

Buku dibaca, buku difilemkan, dan buku juga disuarakan supaya dapat didengari.



Bagaimana?

Prosesnya ialah:

01. Buku dikenalpasti.

02. Memilih dan melantik jurupersembah dari kalangan Certified Professional D-Book Presenters.

03. R & D.

04. Ikatan Perjanjian.

05. Tempahan Studio.

06. Rehearsal dan Rakaman.

07. Perpindahan format.

08. Penglabelan.

09. Promosi.

10. Pemasaran.

11. Jualan.

12. Keuntungan.



KEUNTUNGAN

Sasaran keuntungan kasar ialah RM 1 Juta

Modal asas penerbitan di anggarkan RM 10,000.

Jualan di anggarkan RM 14,000 sebulan.

Keuntungan diagihkan -

01. Hakcipta Pengarang

02. Bayaran Juru Persembah

03. Studio Rakaman - wargakerja dan peralatan

04. Komisyen pengambil bahagian

05. Yayasan Pembangunan Buku Negara



SERUAN

Diharapkan pembuat keputusan akan nampak potensi projek ini dan menjadikannya suatu kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan