Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Sabtu, 28 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG PASARAN Seluas Sasaran

28. PASARAN: Seluas Sasaran

Buku yang kita idamkan ialah buku yang mendatangkan untung kepada semua phak yang terbabit dalam penghasilan karya tersebut

MANFAAT

Dalam bab bertajuk Untung ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:

01.

02.

03.

KHAS

Apakah inti yang paling berharga nan perlu anda perolehi

PENGENALAN

ISI

Anda perhatikanlah...

Renungkan:

Setiap tahun ada Pengarang buku yang baru, muncul dengan buku baru, dan menjadi kaya.

Terdapat bermacam judul meliputi pelbagai bidang.

Tercatat dalam sejarah, dengan hanya sebuah buku sahaja, jutawanpun dilahirkan dalam industri buku.

Sesebuah buku yang laris, diikuti pula dengan sebuah lagi buku yang laris. Buku kedua yang berkemungkinan lebih senang dikarang.

Kemudian diikuti pula siri buku yang semakin laris.

Satu permulaan yang baik dalam pengarangan buku, diikuti kejayaan yang menuju ke arah kekayaan.

Dengan mudah 1,000 subjek untuk buku boleh disenaraikan supaya anda boleh pilih. Dan ratusan pasaran yang sedia menanti buku karangan anda.

Apa yang menarik ialah ke semua buku ini bermula dengan satu idea.

Kekuatan, kehebatan sesebuah buku bermula dengan idea yang mantap dan menarik. Begitulah sebaliknya.

Sesuatu idea hanyalah berbentuk ilusif. Untuk dijadikan kenyataan, idea tersebut hendaklah dicatatkan dalam sebuah buku tulis. Guna komputer pun boleh. Apa sahaja cara idea ilusif menjadi catatan fizikal.

Rekodkan idea anda.

Mulakan pencarian idea untuk melariskan kelak buku karangan anda.

Medium terbaik untuk merekodkan idea anda itu ialah

Buku tulis,

Buku nota,

Disket,

CD,

Atau apa sahaja yang boleh anda menfaatkan untuk merekod idea anda.

Bila anda sudah rekodkan, kategorikan pula idea anda itu. Jadikan semuanya tersusun dan teratur.

Tujuan kategori ini ialah anda boleh fokus tenaga dan tumpuan anda terhadap idea yang sungguh menyengat, dan laris di pasaran.

Kenalpasti idea yang sesuai dengan anda, boleh menawan hati penerbit dan boleh laris di pasaran buku.

Semarakkan idea anda

Pilih satu idea dahulu yang ingin anda mulakan karangan buku.

Setelah itu, cari satu kecenderungan karangan yang bersesuaian dengan kecenderungan orang membeli buku. Atau sebab kenapa pembeli membeli buku.

Sekarang, marilah mulakan keseronokan mengarang.

Dapatkanlah satu sudut yang menarik supaya jualan buku menjadi laris.

Bukan semua orang boleh mendapat publisiti mahu pun promosi melalui akhbar, radio dan televisyen.

Kini internet menawarkan peluang berbentuk video, jaringan sosyel dan blog untuk seseorang yang berminat mendapatkan publisiti dan promosi.

Kini tidak kurang daripada 3,000 blog baru sehari memenuhi ruang internet. Jumlah ini sedang bertambah dengan pesatnya.

Blog disiarkan oleh orang luar, orang biasa, termasuk remaja, belia, mak cik dan pak cik.

Pendapat mereka melalui blog adalah keras dan pedas, lucu dan dinyatakan penuh dengan semangat dan kepuasan rasa.

Anda boleh wujudkan blog percuma. Anda boleh letakkan maklumat mengenai buku anda. Dari niat, hinggalah terbit buku.

1 mac 2007:

“Hari ini niat saya ialah untuk karang sebuah buku yang berjudul...”

Kemudian.

01 Jun 2007:

”Alhamdulillah, hari ini buku karya saya sudahpun terbit. Saya rasa sungguh...”

Anda tidak pamerkan buku anda dalam blog anda itu. Cuma catatan apa yang telah anda lakukan dalam proses menyiapkan buku tersebut.

Dalam tempoh tersebut, anda sudah mula membina pengkalan data, pengikut buku anda.

SARIPATI

LATIHAN

KESIMPULAN

SERUAN

Petikan

Sesiapa yang dapat Format Buku yang baik

Pasti mendapat pasaran terbaik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan