Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Jumaat, 27 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG SUARA Urus Lurus Tulus Lulus

03. SUARA: Urus Lurus Tulus Lulus



Suara
Dimulakan dengan suara saya sebagai pengarang Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang.

Natijah
Natijahnya, Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang adalah buku yang telah saya urus sepenuhnya, supaya anda dapat mesej saya yang lurus, anda rasa niat saya yang tulus, dan anda akui maklumat susunan saya tentunya lulus sebagai bacaan, dampingan, dan rujukan sehingga anda tetap berjaya karang buku.

Sesuai
Sesuai sekali Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang, untuk:
 Anda yang belum pernah karang buku,
 Anda yang sedang karang buku, dan
 Anda yang telah karang buku.

Belum Pernah
Kepada anda yang belum pernah karang buku, maka, Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang, menyatakan bahawa:
 Anda ada potensi untuk karang buku seandainya anda perlu,
 Anda ada kebolehan untuk karang buku seandainya anda mahu,
 Anda ada daya untuk karang buku seandainya anda tahu,
 Anda ada upaya untuk karang buku seandainya anda tumpu,

Seterusnya dalam Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang disediakan panduan lengkap bagaimana untuk hasilkan buku yang terbaik dalam kehidupan anda. Disertai dorongan, sokongan, dan galakan sehingga anda dapat bermula dengan pilih subjek, topik, judul, dan tajuk buku, sehinggalah anda siap manuskrip untuk dijadikan buku.
Sedang
Kepada anda yang sedang karang buku, maka buku ini, Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang, menyatakan bahawa:
 Anda semoleknya kenal diri anda sebagai pengarang buku, dan perkaitan anda dengan penghasilan buku,
 Anda semoleknya tahu serba-serbi mengenai keseluruhan proses karang buku,
 Anda semoleknya bergabung dengan seseorang konsultan yang sentiasa prihatin terhadap kemajuan anda sebagai pengarang, dan sentiasa mengikuti perkembangan buku karangan anda.

Seterusnya dalam buku ini, Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang, disediakan petua berguna kenapa hasilkan buku yang terbaik dalam kehidupan anda. Disertai bimbingan, panduan, dan terokaan sehingga anda dapat nampak gambaran penghasilan buku, meliputi karang, cetak, dan terbit buku; sehinggalah buku anda dipasarkan, dipromosikan, diberikan publisiti, dan dijualkan.
Telah
Kepada anda yang telah karang buku, maka buku ini, ”Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang”, menyatakan bahawa:
 Anda bergabung dengan konsultan supaya di samping satu buku yang telah anda karang, anda mampu karang buku dalam bentuk siri, sehingga mencecah lebih daripada 10 buku,
 Anda bergabung dengan konsultan supaya hanya satu buku karangan anda, boleh digandakan peluang pendapatan sehingga menjadi lebih daripada 10 sumber baru aliran keuntungan.
 Anda boleh capai sesuatu yang bermakna dengan 10 buku yang menghasilkan 10 sumber pendapatan. Bayangkanlah sendiri.

Seterusnya dalam buku ini disediakan sistem penghasilan buku yang terbaik dalam kehidupan anda. Disertai dorongan, sokongan, dan galakan sehingga anda dapat majukan buku anda menjadi buku elektronik, buku audio, buku ke filem, terjemahan kepada pelbagai bahasa dunia, dan banyak lagi.

Sesungguhnya buku karangan anda mendatangkan kebaikannya kepada diri anda sendiri, kepada saya, kepada kita, dan kepada negara.

“Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang” bertujuan supaya anda berjaya karang buku supaya dibaca orang di kalangan penduduk dan rakyat Malaysia.

Saya memilih tajuk buku ini, Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang.

“Jom!” ialah perkataan yang sama maksudnya dengan ”moh”, “mari”, atau “silakan”. Saya pilih “jom!” sebab ia mudah difahami, dan popular di kalangan orang yang sebaya dengan anda. Penggunaannya luas, dan disemarakkan lagi oleh media.

“Karang”, sama sebutan dan disebut dua kali, namun maksudnya berbeza. ”Karang” ialah perlakuan menterjemah idea menjadi cetakan lembaran berjilid.

”Buku” ialah cetakan lembaran berjilid yang dihasratkan supaya anda menghasilkannya. “Buku”, sifatnya berketul. Sebab itulah, penjodoh bilangan untuk sabun, ialah sebuku sabun. Buku, walau apapun ukurannya, besar atau kecil, ialah empat segi tak sama. Biasanya buku adalah helaian kertas yang dijilid.

Buku adalah produk cetakan yang mempunyai awalan lazim, susunan bab, dan akhiran lazim.

Awalan lazim ialah kulit muka depan, keterangan buku meliputi hakcipta dan ISBN, kemudian Kata Pengantar, Prakata, Sekapur Sireh, dan Kandungan.

Akhiran lazim ialah, Bibliografi dan Indeks, serta kulit buku.

“Karang” juga bermaksud “sekejap lagi”, atau “sebentar lagi”, atau “esok-esoklah”, “kemudian”, atau “kelak”.

“Bukan” ialah penafian maksud tersebut, dengan penjelasan perkataan “sekarang”, yang bermaksud, “kini”, “detik ini”, “masa ini”, “ketika ini”, atau “laa ni”.

Ya...jelaslah bahawa marilah mengarang buku ketika ini, usahlah kelak. Ayuhlah karang buku pada masa ini dan tidak esok-esoklah. Silalah karang buku pada detik ini dan tidak sebentar lagi. Kenapa tangguh kemudian mai lah segera karang buku laa ni jugak.

Seandainya anda ingin karang buku sekarang dan bukan karang, saya berazam dan buku ini sudah pun diterbitkan. Seterusnya saya sanggup dengan bersungguh-sungguh supaya Projek Karang Buku Nasional ini mencapai kejayaan.

Saya ialah pengarang buku ini, dan saya juga konsultan projek ini.

Semua individu di kalangan penduduk dan rakyat Malaysia boleh menyertai Projek ini.

Syaratnya mudah, anda dikehendaki mendaftar sebagai ahli e-Komuniti bukuonline.org. Pendaftaran Keahlian adalah percuma. Anda boleh lakukan secara talian terbuka di http://www.bukuonline.org/, mahupun talian tertutup, dengan menghubungi Zubli Zainordin zubli.s.ebook@gmail.com 013 223 2559.

Sila baca maklumat di
http://cooypbn.blogspot.com/

Anda di pelawa menyertai projek ini. Saya sedia membantu anda menghasilkan buku. Bersamalah kita jadikan usaha murni ini terjadi.

Harapannya ialah setiap individu hasilkan minima satu buku. Lebih dari jumlah itu adalah lebih bagus. Seandainya seorang penduduk atau rakyat di Malaysia menghasilkan sebuah buku, maka kiralah berapa juta buku yang dihasilkan.

Sebenar setiap individu di kalangan penduduk dan rakyat Malaysia boleh menyertai projek ini. Namun, tumpuan awal ialah kepada pelajar sekolah. Ini adalah kerana melentur buluh biarlah sedari rebungnya.

Anda boleh mengemukakan soalan ataupun pertanyaan terus kepada saya.
Siapakah Saya?

Saya, Zubli Zainordin, Pengasas, Sains dan Seni Jaya Diri Total, Merangkap, Timbalan Ketua (Komunikasi) Bukuonline.org, yang juga bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Buku Negara, dan ada kontek yang akrab dengan Perpustakaan Negara Malaysia, tahu syarikat penerbitan yang hebat, dan tahu syarikat percetakan yang berwibawa. Saya faham keseluruhan penghasilan buku, InsyaAllah, dari A – Z.

Manfaatkan maklumat yang tersurat, dan rasai semangat yang tersirat.

Urus Lurus Tulus Lulus

Baiklah, jom kita mulakan...

teks Saya pelawa anda untuk karang buku yang terbaik di baki kehidupan anda di dunia ini.

Terdahulu saya sudah pun ada pengalaman karang sejumlah 4 buku. Kemudian terbit niat di hati saya untuk kongsi pengalaman ini dengan anda. Niat saya ini menimbulkan pula dua perkara, pertama penghasilan buku ini dengan judul ”Jom! Karang Buku Sekarang, Bukan Karang”, dan projek yang dikenali sebagai, ”Projek Karang Buku Nasional”.

Melalui usaha ini, dengan izin Allah, pertama: saya telah pun temui ilmu karang buku, kedua: saya mempunyai pengetahuan karang buku, ketiga: saya sentiasa tingkatkan kemahiran karang buku, keempat: saya bertaraf pakar karang buku, dan kelima: saya angkat diri sebagai konsultan projek buku. Kesemua ini saya bina sedikit demi sedikit sebagai asas sehingga membolehkan saya untuk memberi dorongan, galakan, dan sokongan, kepada anda supaya anda pula berpeluang untuk karang buku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan