Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Isnin, 30 Mac 2009

Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang ~ Judul Buku

Setiap pengarang buku, bakal merasai nikmat memilih judul buku.

Seperti anda kelak, nikmat ini telahpun saya rasai, sejak memulakan karangan buku ini, sehinggalah sekarang. InsyaAllah seterusnya…

Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang


Asalnya judul ini dihasilkan setelah meninjau tulisan artikel dan buku karangan pakar, dan pengarang buku ternama. Khususnya mereka yang memahami masalah, isu, dan cabaran dalam pengarangan buku, dan menawarkan penyelesaiannya.


Judul ini dipilih kerana ianya dekat di hati khalayak sasaran buku ini.


Judul ini suatu ajakan, suatu pelawaan yang menawarkan manfaat kepada pembeli dan pembaca.


Pada saya judul itu menarik. Seperti setiap pengarang buku, judul buku pilihannya ialah judul yang menarik.


Judul tersebut saya sendiri yang pilih. Mengikut selera saya sendiri sebenarnya. Namun saya fahami sesuatu judul hendaklah dapat kesan tarikan kepada pelabur, penerbit, pencetak, pengedar, pekedai, pembeli, pembaca, dan ramai lagi.


Pada keseluruhannya, judul buku itu, bagi mereka yang kenali saya, ada yang akan melontarkan ucap “Zubli Zainordin!”. Tipikalnya, saya.


Jom!


Perkataan begitu ada semacam impak ya. Satu dorongan!


Perhatikan perkataan lain, seumpama, digunapakai pengarang buku yang hebat.


Karang Buku.


Karang itu proses. Spesifiknya ialah buku.


Satu macam penyelesaian kepada individu yang mahu namun belum juga karang buku.


Sekarang.


Perkataan sekarang, ialah waktu bertindaknya.


Judul ini, jika dilihat dari kandungannya, setiap tajuk boleh dikembangkan lagi, kerana topiknya sungguh meluas dan mendalam.

Contohnya, penjilidan buku. Nah! Itu sahaja sudah boleh menjadi judul buku berikutnya…


Karang.


Dua perkataan Karang, berbeza maknanya. Dan perkataan nafian,


Bukan,


Bukan, membuatkan pembezaan perkataan Karang itu menggiurkan.


Namun, bukan ramai bersetuju, atau berpendapat begitu. Tidak mengapa. Masing-masing berhak dengan pendapatnya. Penting sekali, saya setuju. Sebab ini buku karangan saya. Ya? Ya!


Apa pun, khalayak buku sebegini faham, dia lah tarikan buku ini. Judul pilihan saya itu bakal menarik perhatiannya untuk aksi berikutnya.


Judul itu secara seluruhnya bila dibaca, mudah difahami, dan mahu pula orang membeli dan membacanya.


Dijangkakan si pencari informasi melalui buku, gemar judul sedemikian.


Wow!


Jika anda sudah ada judul buku, sila hubungi saya:





















Zubli Zainordin

COO (Chief Operations Officer)
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Malaysia


Konsultan Projek Khas Nasional

Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,

(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

Merangkap

Timbalan Ketua (Komunikasi)

Bukuonline.org

017 236 0063

zubli.s.ebook@gmail.com

http://bukuonline.net/page.php?4

411 Blok 19, Seksyen 8

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan