Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Ahad, 29 Mac 2009

Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang ~ Judul Menarik

JUDUL BUKU TARIK MINAT PEMBELI

Judul buku tarik perhatian orang untuk membeli buku?


Benar.


Di antara perkara yang mula-mula sekali menjadi tarikan pembeli ialah judul buku.


Dengan demikian judul buku mestilah mempunyai ciri yang dicari oleh pembeli buku.

Bila anda ke kedai buku, apa yang anda lakukan? Itulah yang dilakukan oleh hampir semua pengunjung kedai buku.

Judul buku yang menarik dan menawan.

Minat, rasa ingin tahu, pembeli buku.

Di hati pembaca bila tengok judul buku anda, lalu berkata:

”Ini apa pulak ni?”

“Inilah yang aku cari selama ini!”

Ambillah masa yang khas untuk memikirkan judul buku anda.

Senaraikan apa yang terlintas di minda. Tulis, kemudian potong yang mana tidak sesuai. Pilihlah judul yang terbaik dari senarai tersebut.

Judul boleh satu perkataan sahaja. Dua perkataan. Tidak melebihi 10 perkataan. Berapapun perkataan judul adalah sebaris ayat yang secara ringkas memberi gambaran kandungan buku anda.

Jika terlalu panjang, ada caranya...Ya, besarkan dua perkataan menyengat, selainnya kecilkan sedikit.

Ada pengarang yang merenung ke langit untuk mendapatkan judul buku yang terbaik. Sebenarnya, judul buku wujud sebagai natijah kandungan buku anda.

Beritahu orang lain mengenai isi buku yang anda karang, seringkali ada di kalangan mereka yang mencadangkan judul buku.

Ada juga pakar buku yang senang hati mencadangkan judul buku.

Apapun cadangan yang dikemukakan orang lain, pastikan kata pemutus judul ialah anda sendiri.

Elakkan judul buku yang membosankan. Andapun tidak berselera, orang lainpun jelak.

Barangkali, judul berikut boleh difikirkan:

”Air”

“Selera Sambal”

“Pintu Jannah Sudah Tertutup”

”Tidak Kahwin Di Lanjut Usia?”

Trend sekarang ialah mengarang buku dalam bentuk siri. Jika demikian, perlu ada judul utama, dan judul sokongan.

Judul utama itu semacam satu jenama.

Dulu ada Hikayat Sang Kancil, yang bersiri.

Contohnya, kini ”Insan Paling Kaya”, yang mudah menjadi siri.

Contohnya:

”Insan Paling Kaya Di Dunia”,

”Insan Paling Kaya Di Malaysia”,

”Insan Paling Kaya dan Muda”

Insan Paling Kaya dan Terkenal”,

Insan Paling Kaya Perusahaan Ayam”,

Insan Paling Kaya Kerja Lipat Kertas”

Fikirkan seterusnya…

Judul hendaklah sekali pandang sahaja, pembeli ingin miliki, kumpul buku anda dalam senarai koleksi peribadi mereka.

Judul yang baik mempamerkan manfaat buku kepada pembeli buku.

Elakkan unsur penipuan, slanga, menyinggung perasan orang, menghina sesiapa, tidak relevan, dan seumpamanya.

Elakkan tiru judul buku orang lain. Merenung judul buku orang lain dan mencetuskan idea untuk judul buku anda sendiri, yang asli, tidak mengapa.

Jika sudah ada judul, hubungi saya:




















Zubli Zainordin

COO (Chief Operations Officer)
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Malaysia


Konsultan Projek Khas Nasional

Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,

(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

Merangkap

Timbalan Ketua (Komunikasi)

Bukuonline.org

017 236 0063

zubli.s.ebook@gmail.com

http://bukuonline.net/page.php?4

411 Blok 19, Seksyen 8

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan