Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Ahad, 29 Mac 2009

Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang ~ Renungan Bersama

Sudahkah anda karang buku yang sekian lama tersemat di hati, supaya dapat dibaca oleh orang lain. Usah berputus asa. Segera laksanakannya. Pembaca sedang ternanti-nanti karya anda. Setiap sesuatu ada caranya. Begitu juga dengan buku.


Fikirkan kerjaya sebagai pengarang buku. Anda mungkin merasa syok nak masuk universiti, sambung belajar.


Bayangkan nikmatnya bila anda sudah karang sebuah buku. Kerja atau kerjaya sebagai pengarang buku boleh diteruskan dan boleh berterusan.


Bakat memang perlu untuk karang buku. Namun jika pun berbakat, tetapi individu yang tidak mahu karang buku, tiada akan mula mengarang buku itu sekarang.


Dengan bakat yang ada anugerah-nya, maka tekun, gigih dan berdaya-juang untuk menyiapkan manuskrip sehingga terbit buku, adalah amat perlu.


Beberapa poin untuk renungan kita bersama:


01. Cara karang buku yang pasti diterbitkan.


02. Bagaimana Cara Karang Buku Terbaik.


03. Nilai dan Harga buku anda yang disiapkan sebaiknya ialah melalui beberapa langkah yang sudah diuji berkesan.


04. Berikan segala yang diperlukan kepada si pengarang buku dalam diri anda. Faktor penting untuk menyerlahkannya.


05. Pelbagai pendekatan untuk jual buku anda. Ketahui caranya.


06. Karang untuk Berjaya Lagi Menjayakan. Ketahui rahsianya.


07. Ciri Buku Yang Hebat


08. Manfaat Buku Ilmu, Informasi, Pengetahuan, Kepakaran dan Kemahiran.


09. Keperluan sepanjang proses karangan buku. Dapatkan gambaran menyeluruh.


10. Persiapan untuk melancar buku ke pasaran pembeli yang pembaca, dan pembaca yang membeli.


11. Untung selepas buku terbit dan lain-lain keuntungan kepada anda.


12. Waktu. Bilakah waktu paling sesuai anda karang buku. Siang. Malam. Atau sebahagian siang dan sebahagian lagi malam. Dalam tempoh 24 jam sehari-semalam, pilihlah waktu paling sesuai. Contohnya 9 pagi dan 9 malam.


13. Tempoh. Berapa lamakah anda kekal produktif. Contohnya 3 jam. Jadi tempoh pilihan anda ialan sama ada dari 9 pagi hingga 11 pagi. Atau 9 malam hingga 11 malam. Atau kedua-dua tempoh tersebut. Ataupun lain-lain tempoh ikut kesesuaian anda.


14. Jumlah. Pilihlah untuk karang sebuah buku dahulu, walaupun ada bermacam judul yang menarik perhatian anda. Setelah terbit buku pertama, anda boleh bersegera karang buku berikutnya.


15. Tebal. Ikut kemampuan anda berapa tebalkah buku yang ingin anda karang. Tebal nipis sesuatu bab, dan keseluruhan buku, terpulang kepada anda. Apa yang pentingnya buku anda padat dengan maklumat berharga.


16. Motif. Pilihlah satu motif yang boleh mendorong anda untuk karang buku. Apa jadipun akhirnya buku anda diterbitkan juga.


17. Semangat. Karanglah buku anda dengan penuh semangat. Dengan semangat, apa yang anda karang boleh dirasai tenaganya.


18. Subjek. Pilihlah subjek yang anda minati.


19. Judul. Apa judul buku yang ingin anda karangi. Beri perhatian kepada judul buku. Sekitar 70 % perhatian pembeli ialah padangan pertamanya terhadap judul buku.


20. Senarai bab. Berapa bab anda ingin karang sebagai garis baris buku yang anda karangi.


21. Tajuk. Apakah senarai tajuk pelengkap judul buku anda itu.


22. Topik. Apakah yang menarik sebagai topic pengisian buku yang anda karang itu.


Jom! Karang Buku Sekarang, Bukan Karang.

Sila hubungi saya:



















Zubli Zainordin

COO (Chief Operations Officer)
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Malaysia


Konsultan Projek Khas Nasional

Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,

(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

Merangkap

Timbalan Ketua (Komunikasi)

Bukuonline.org

017 236 0063

zubli.s.ebook@gmail.com

http://bukuonline.net/page.php?4

411 Blok 19, Seksyen 8

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan