Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Sabtu, 28 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG Suara Urus Lurus Tulus Lulus

03. SUARA:

Urus Lurus Tulus Lulus

Tajuk buku ini ~

Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang

PENJELASAN

Projek Khas Nasional

Seorang Individu Hasilkan Minima Satu Buku

(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Sekolah)

“Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang” ialah sebuah buku yang bertujuan supaya anda jadikannya dorongan untuk anda mengarang buku sehingga berhasil diterbit di pasaran Malaysia.

Buku ini yang tersurat mengandung panduan dan petua mengarang buku, dan yang tersirat ialah semangat untuk menyiapkan buku supaya diterbitkan. Seterusnya dipasarkan dan dijualkan.

Projek Khas Nasional” ialah sesuatu yang ingin dijadikan sehingga terjadi. Sesuatu yang khusus dan istimewa, meliputi seluruh negara.

Sama-samalah kita jadikan usaha murni ini terjadi.

Seorang Individu Hasilkan Minima Satu Buku” ialah satu harapan. Harapannya ialah, seandainya seorang rakyat atau penduduk di Malaysia menghasilkan sebuah buku, maka kiralah berapa juta buku yang dihasilkan.

Harapan ini ditujukan kepada setiap individu di Malaysia. Setiap individu boleh menghasilkan minima sebuah buku. Sebuah buku yang dihasilkan oleh setiap individu, sudah memadai. Tambahan lagi, menghasilkan lebih daripada satu, lebih bagus.

”(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Sekolah)”, Sebenar setiap individu di kalangan rakyat dan penduduk Malaysia boleh menyertai projek ini. Namun, tumpuan awal ialah kepada Pelajar Sekolah.

Ini adalah kerana melentur buluh biarlah sedari rebungnya.

Seandainya, individu dari peringkat Tadika, Tabika dan seumpamanya sehinggalah murid tahun 6, maka, mereka belum termasuk dalam tumpuan ini.

Sementara individu di peringkat Institusi Pengajian Tinggi juga tidak termasuk dalam tumpuan kali ini.

Tumpuan ialah kepada individu yang disebut sebagai Pelajar ialah dari Tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6 Atas.

Andalah yang ditumpukan dalam projek ini.

Anda boleh mengemukakan soalan ataupun pertanyaan terus kepada saya.

Siapakah saya?

Saya, Zubli Zainordin, Pengasas, Sains dan Seni Jaya Diri Total.

Merangkap, Timbalan Ketua (Komunikasi) Bukuonline.org, yang juga bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Buku Negara, dan ada kontek yang akrab dengan Perpustakaan Negara Malaysia, tahu syarikat penerbitan yang hebat, dan tahu syarikat percetakan yang berwibawa. Saya faham keseluruhan penghasilan buku, InsyaAllah, dari A – Z.

Saya telah memilih untuk mengarang buku ini ”Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang”

“Jom!” ialah perkataan yang mudah digantikan dengan ”Moh”, “Mari”, atau “Silakan”. Saya pilih “Jom!” sebab ia popular di kalangan orang yang sebaya dengan anda.

Penggunaannya luas, dan disemarakkan lagi oleh televisyen. Ramai yang faham bila sesiapa kata “Jom!”. Jadi, saya gunakanlah “Jom!”, sebagai tajuk buku ini.

“Karang” ialah perbuatan mengarang. Saya rasa “karang” lebih molek daripada “Tulis”, sebab rata-rata sekarang kita menaip menggunakan komputer. Jarang, menulis buku, maka bukan Penulis Buku, malah Pengarang Buku.

“Karang” boleh juga bermaksud, “Sekejap lagi”, atau “sebentar lagi”, atau “esok-esoklah”. Jadi, “Karang” digunakan dalam konteks buku ini. Ya...buku yang kandung dorongan supaya anda hasilkan buku dengan segera. Tak boleh bertangguh dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

“Buku”, sifatnya berketul. Sebab itulah, penjodoh bilangan untuk sabun, ialah sebuku sabun. Dengan pengecualian tertentu dan khusus, buku, walau apapun ukurannya, besar atau kecil, ialah empat segi tak sama.

Biasanya buku adalah helaian kertas yang dijilid. Buku adalah produk cetakan yang mempunyai awalan lazim, susunan bab, dan akhiran lazim.

Awalan lazim ialah kulit muka depan, keterangan buku meliputi hakcipta dan ISBN, kemudian Kata Pengantar, Prakata, Sekapur Sireh, dan Kandungan.

Akhiran lazim ialah, Bibliografi dan Indeks, serta kulit buku.

Saya berazam buku ini menjadi satu kenyataan, dan saya sanggup dengan bersungguh-sungguh supaya projek ini mencapai kejayaan.

Saya melatik diri saya sebagai pengarang buku ini, dan saya juga melantik diri saya sebagai konsultan projek ini.

Semua menteri berkenaan, pegawai kerajaan, naib cansellor, pengetua, guru besar, pendidik, atau pelajar, boleh menyertai projek ini.

Syaratnya mudah, anda dikehendaki mendaftar sebagai ahli e-Komuniti bukuonline.org. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Anda boleh lakukan secara talian terbuka, mahupun talian tertutup.

Nama buku: Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang.

Nama Projek: Setiap Pelajar Hasilkan Minima Sebuah Buku.

Tarikh Mula: Sekarang.

Untuk Keterangan Lanjut, hubungi:





















Zubli Zainordin

COO (Chief Operations Officer)
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Malaysia


Konsultan Projek Khas Nasional

Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,

(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

Merangkap

Timbalan Ketua (Komunikasi)

Bukuonline.org

017 236 0063

zubli.s.ebook@gmail.com

http://bukuonline.net/page.php?4

411 Blok 19, Seksyen 8

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

Begitulah serba sedikit penjelasan apa sebenarnya motif saya mengarang buku ini, dan seterusnya mempelawa anda menyertai projek ini.

Baiklah, jom kita mulakan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan