Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Sabtu, 28 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG Di Mana Anda Nak Karang Buku

04. DI MANA ANDA NAK KARANG BUKU

Tempat yang paling sesuai, adalah tempat yang anda rasa paling selesa, paling seronok untuk buku ini anda karang.

Tempat itu ialah kediaman di mana anda berada sekarang.

Anda tidak perlu pindah ke rumah lain, atau pindah ke tempat lain, atau pindah ke bandar lain, ataupun pindah ke kampung lain, untuk anda karang buku ini.

Terkecuali, itu kehendak anda.

Anda juga tidak perlu pergi ke pulau yang terpencil, atau mendaki bukit yang sunyi sepi, untuk anda karang buku ini.

Tidak perlu. Macam-macam yang bersangkutan kelak sekiranya 3 bulan anda tidak dapat dikesan.

Pun kalau itulah pilihan anda, janji buku ini siap, tiada siapa pun yang boleh melarang, ataupun menghalang. Terpulanglah kepada diri anda sendiri.

Sesuatu tempat yang sesuai, wajar, dan istimewa, hanya anda yang tahu. Tempat tersebut adalah pilihan anda. Tempat tersebut, andalah yang putuskan sendiri.

Apa yang penting ialah tempat pilihan anda untuk karang buku ini, terdapat segala keperluan anda untuk karang buku.

Selain daripada keperluan peribadi seperti makan, minum, tidur, rehat, mandi-manda, tempat pilihan anda terdapat alat tulis, kertas, dakwat, dan sumber rujukan.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, anda lebih selesa sekiranya tempat anda karang buku, tiada gangguan, dan tiada halangan.

Semoleknya tempat anda karang buku wujud segala macam sokongan untuk anda berkarya.

Dapatkan tempat yang sedemikian itu, anda tidak diganggu dan anda terima sokongan dan dorongan untuk karang buku anda sehingga dijual di pasaran.

Selain daripada tempat berkarya, anda juga boleh fikirkan tempat buku ini disunting, tempat buku anda dicetak, dan tempat buku anda diterbitkan.

Seterusnya tempat buku anda dilancarkan, tempat buku anda dipasarkan, tempat buku anda dipromosikan, dan tempat buku anda dijual.

Selain itu ialah penempatan buku anda di perpustakaan dan kedai buku.

Seandainya tempat pilihan telah anda putuskan sebagai tempat untuk anda karang buku sekarang, sila hubungi:





















Zubli Zainordin

COO (Chief Operations Officer)
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Malaysia


Konsultan Projek Khas Nasional

Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,

(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

Merangkap

Timbalan Ketua (Komunikasi)

Bukuonline.org

017 236 0063

zubli.s.ebook@gmail.com

http://bukuonline.net/page.php?4

411 Blok 19, Seksyen 8

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan