Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Sabtu, 28 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG TERBIT Apa Seterusnya Apa

26. TERBIT: Seterusnya Apa Terbabit

Petikan

Format Buku Yang Hebat

Seringkali Menarik Minat Pembaca

MANFAAT

Dalam bab bertajuk Format Buku ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:

01.

02.

03.

KHAS

Secara tradisinya, manuskrip yang sudah siap, diserahkan kepada penerbit buku. Para penerbit mempunyai beberapa soalan mengenai buku karya anda. Namun, apa yang penting kepada penerbit buku, ialah buku anda laku atau laris dibeli orang.

Dengan cara begini, anda pada asasnya hanyalah karang buku, selainnya dilakukan oleh penerbit dan rangkaian sumber manusianya.

Ini pilihan yang baik.

Satu lagi pilihan ialah anda terbit buku anda sendiri. Dikenali sebagai terbit-sendiri. Anda belajar caranya sama seperti penerbit buku mula-mula belajar bidang penerbitan buku.

Terdapat buku yang begitu laris sekali di pasaran adalah hasil daripada terbit-sendiri. Sememangnya pengarang yang mampu terbit sendiri, akan terbit sendiri. Mampu dari aspek pengetahuan dan kewangan.

Ada juga penerbit buku membuat tempahan supaya manuskrip yang anda karang diserahkan untuk mereka terbitkan. Sememangnya ada penerbit yang memberikan cengkeram atau wang pendahuluan kepada anda untuk karang buku.

Sekiranya anda dapat peluang begitu, rebutlah.

Penerbit ternama dengan reputasi yang baik dan sumber kewangan yang banyak, adalah pilihan terbaik. Namun, adakalanya senarai dan jumlah buku yang hendak diterbitnya begitu panjang sekali. Barangkali 3 hingga 6 bulan, barulah buku anda dijual di pasaran.

Penerbit kecil-kecilan barangkali boleh menerbitkan buku anda di pasaran jauh lebih cepat, sebulan begitu. Namun kekangannya ialah bajetnya kecil. Buku anda boleh tertangguh lama juga. Kira-kira 2 hingga 4 bulan, barulah buku anda dijual di pasaran.

Terdapat beberapa penerbit yang sudah pun terkenal di Malaysia. Pengalaman penerbit buku amat berharga terutama kepada pengarang baru seperti anda. Jadi, anda boleh manfaatkan pengalaman penerbit buku tersebut. Anda boleh hantar manuskrip anda kepada penerbit pilihan anda. Setiap penerbit ada syarat yang dikenakan untuk pengarang semacam anda. Ada penerbit yang kenakan syarat yang ketat. Sederhana, dan ringan. Syarat yang ketat boleh mengakibatkan manuskrip dirombak.

Kecenderungan masa kini ialah terbit-sendiri, dengan syarat anda tahu dan mampu. Pernah, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan belian buku langsung daripada pengarang. Pengarang yang bukunya sudah ada pembeli tersedia, membeli sekitar 1,000 naskah, adalah berita gembira kepada pengarang.

Setelah buku diserahkan kepada penerbit, anda masih boleh melakukan sesuatu sehubungan dengan buku anda.

Pembeli inginkan buku anda, tetapi mereka tidak dapat membelinya di kedai berdekatan dengan mereka.

Gambaran yang jelas apa yang berlaku seterusnya, boleh membantu anda menjadikan buku anda dibeli.

Buku bagus, tetapi kedai buku tidak mempunyai buku anda di rak jualan buku mereka. Orang bawa duit nak beli buku anda, tetapi buku anda tidak ada. Orang itu keluar dengan tangan kosong. Siapa pun tidak untung.

Anda boleh lakukan sesuatu di mana anda berada dengan mengguna apa yang anda ada.

Anda boleh karang ringkasan buku anda, dan nyatakan cara orang boleh kontek dan dapatkan buku karya anda. Sama ada melalui kedai buku atau laman web.

Terdapat pemilik laman web yang sudi untuk promosi buku anda.

Publisiti meluas melalui media massa molek anda utamakan supaya buku anda dibeli orang.

Anda boleh bantu pembeli untuk berminat dengan buku anda, bila anda bekalkan maklumat supaya mereka boleh membuat keputusan untuk membeli.

Maklumat mengenai buku anda, yang disampaikan dari seseorang kepada orang lain, mengwujudkan gelombang pembelian buku anda.

Pilihlah sama ada anda bergerak dari kedai buku ke kedai buku membekalkan buku anda. Ataupun kedai buku mendapatkannya dari anda supaya membekal buku tersebut.

Bila manuskrip anda siap.

Buku ialah satu bisnes. Natijahnya untung.

Soalan penting ialah buku ini ada orang nak beli? Berapa orang?

Dari pengalaman kami buku macam ini…

Kami rasa...

Dari kepakaran...

Kami agak...

Kami jangka...

Pada masa ini buku tidak dinilai dari sudut kebaikannya, namun diukur dari potensi buku dibeli orang.

Penerbit buku membuat keputusan berdasarkan sama ada buku tersebut dibeli orang atau tidak.

Kejutan pernah berlaku, buku yang penerbit buku jangka boleh laris di pasaran, tidak dapat menampung pendahuluan yang diberikan kepada pengarang.

Lagi kejutan pernah berlaku, buku yang ditolak oleh penerbit buku, kemudian menjadi buku paling laris. Semasa itu ada penerbit buku yang tidak merasa malu untuk menemui pengarang, untuk jalinan kerjasama masa depan bersama.

Pengarang yang menerbit, membuat keputusan berdasarkan buku ini baik dibaca oleh seramai mungkin orang.

Buku yang anda karang bakal berjaya di pasaran, judulnya menarik, topiknya menawan, kandungannya bernilai, dan pembeli tak sabar nak baca buku karangan anda.

Penerbit buku ada pengalaman tersendiri dalam penerbitan buku. Jarang mereka tergoda dengan semangat anda. Tidak juga mereka kongsi, keseronokan, kegemilangan anda sebagai pengarang.

Jarang mereka fikirkan pengarang yang jenuh, jerih, perih, susah, payah an sebagainya. Risiko yang menambat penerbit buku ialah kalau buku ini diterbitkan, boleh dapat modal balik atau tidak. Boleh untung atau tidak. Apa yang dinilainya ialah potensi buku itu di pasaran kelak.

Penerbitpun sudah langli, bila diperkenalkan diri dan kerjayanya, setiap orang ada buku dalam dirinya dan pada bila-bila boleh menjadi pengarang. Sekelip mata minatnya untuk karang buku. Hanya kerana dia sudah kenal penerbit.

Penerbit yang sudah ada senarai pengarang hebat, kurang berminat dengan pengarang baru. Penerbit baru sibuk mengiklan diri, syarikat, dan tawaran khidmatnya.

Penerbit boleh berkata, contohnya, “Baiklah, bagitahu saya buku apa anda nak karang, dan kenapa saya perlu labur RM 10,000 untuk buku ini”.

Seandainya anda karang buku, dan anda dari awal lagi ingin turut sama menjual buku anda, penerbit akan mudah lembut hati nak terbitkan buku anda itu.

Anda boleh jual buku anda ke perpustakaan, rakan dan taulan, kenalan lama dan baru, dan jabatan kerajaan serta syarikat swasta yang boleh jadikan buku anda sebagai hadiah kepada kakitangan mereka.

Anda dinasihatkan tulis buku anda dahulu, kemudian barulah anda meninjau bahan sokongan untuk buku anda.

Bahasa bagaimana yang sesuai anda gunakan untuk buku anda.

Bila anda karang buku, sentiasa peka bahawa anda karang buku untuk pembaca anda seorang sahaja.

Bila manuskrip siap, sudi apalah kiranya anda berikan pembaca yang berpotensi membaca karya anda. Kemudian dapatkan maklumbalas daripadanya. “Manuskrip ini kat mana boleh dibaiki lagi?”.

Selepas itu buat apa yang patut, supaya buku anda menjadi lebih baik lagi.

Sehingga anda benar-benar berpuas hati barulah anda serahkan kepada penerbit buku atau pencetak buku.

SARIPATI

LATIHAN

KESIMPULAN

SERUAN

Apakah inti yang paling berharga nan perlu anda perolehi

PENGENALAN

ISI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan