Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Jumaat, 27 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG PROSES Garapkan Gagasan Gapailah Gemilang

12. PROSES: Garapkan Gagasan Gapailah Gemilang

Bila anda garap gagasan buku anda, maka anda nampak gambaran keseluruhan proses penerbitan buku, lalu anda mudah mengapai gemilang.

MANFAAT

Dalam bab bertajuk PROSES: Garapan Gagasan Ke Gapaian Gemilang, ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:

01.

02.

03.

KHAS

Apakah inti yang paling berharga nan perlu anda perolehi

PENGENALAN

ISI

Proses karangan memang ada nikmat yang tersendiri. Namun, percayalah bahawa tiadalah nikmat yang lebih lazat daripada memegang sebuah manuskrip yang sudah siap. Memegang buku yang sudah terbit.

Organisasi adalah satu kemahiran yang amal mahal kepada pengarang buku.

Petua karang buku, meliputi:

01. Karang berdasarkan maksud.

Maksud adalah yang membezakan buku yang dijual dengan harga yang tinggi berbanding dengan buku yang dijual dengan harga yang murah.

Apa yang yang paling tinggi, paling besar, dan paling mendesak tuntutan pembaca di kalangan orang ramai.

Itulah maksud buku anda.

02. Karang untuk jangkamasa panjang.
Susun bahan buku supaya tahan lama, segar abadi. Bukan yang setahun, kemudian tidak diperlukan lagi.

“Kemerdekaan 2007” sebagai judul buku berbanding “Kemerdekaan Dulu Kini dan Kelak”. Jauh bezanya.

Kemudian senaraikan langkah demi langkah perihal judul anda tersebut.

Apakah caranya anda mula mengarang, terus mengarang, dan selesai mengarang buku.

Manuskrip, atau buku yang siap, adalah siap kerana anda yang karang. Tempoh masa yang anda ambil untuk siapkan buku ini, tertakluk kepada bagaimana anda mengarang.

Ada orang mengambil masa 30 hari untuk menyiapkan manuskripnya. Ada pula yang mengambil masa 3 tahun, masih belum siap lagi. Jadi apakah bezanya?

Bezanya ialah, orang yang mengambil masa yang agak pendek, ialah orang yang menulis setiap hari dengan istiqamah.

Sedangkan orang yang mengambil masa terlalu lama, adalah orang yang kadang-kadang karang, kadang-kadang tidak karang, kadangkala karanglah.

Bila anda tetap karang, setiap hari, aliran karangan anda lancar.

Jika sekali anda cuba berhenti, untuk sambung nanti karang. Jawabnya, biasanya nak sambung balik cukup payah.

Anggarkan berapa tebal buku anda.

Untuk mengetahui anggarannya, ketahuilah kandungan buku biasanya dibahagikan kepada 3 bahagian.

Pertama: Bahagian Awalan, yang dipenuhi dengan Mukasurat Judul dan Pengarang, Mukasurat Hakcipta, Prakata, Selayang Pandang, Sekapur Sireh, atau Pendahuluan, dan Kandungan.

Bahagian Isi, sebaiknya di antara 10 ke 20 bab.

Bahagian Akhiran, biasanya diisi dengan Lampiran, Rujukan, Bibliografi, Glosari, Indeks, Daftar Istilah, dan Biodata Pengarang.

Lazimnya begitulah. Namun, anda boleh tokok dan tambah, ikut gaya sendiri dan keunikan mengarang.

Buku setebal, 200 mukasurat adalah ideal. Kurang atau lebih daripada itu, tidaklah mengapa. Anggaran sebaiknya di antara 10 ke 20 mukasurat setiap bab. Lebih ataupun kurang, tidaklah mengapa.

Tebal atau nipis, pastikan ada maklumat yang berharga dan bernilai dalam buku karangan anda.

Dengan pendekatan, minima, sehari karang selembar kertas, karanglah sebanyak mungkin, sepantas mungkin. Seterusnya, dengan gigih dan tekun, serta konsisten lalu siapkan manuskrip anda, supaya diterbitkan kelak menjadi buku anda sendiri.

Kekarutan

Ada orang di kalangan kita yang boleh melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Namun bila tiba kepada mengarang buku, mereka mengaku kalah.

Sebab itulah sehingga kini, mereka belum mempunyai sebarang buku lagi.

Dalam diri mereka ada kepercayaan karut sehubungan dengan karang buku. Bila dikatakan, “karanglah sekarang”. Jawabnya, “karanglah”.

Seandainya anda ingin menjadi pengarang buku, mulakan dengan satu sistem karangan, yang dalam memecah segala kebuntuan. Malah mampu anda manfaatkan sehingga buku anda terhasil.

Ramai orang teringin nak karang buku. Idea banyak dan tidak kurang langsung. Macam-macam yang boleh dikarang. Tetapi jika tiada sistem, tiada perancangan, dan tiada fokus, maka keinginan nak karang buku boleh bermula dan tersangkut.

Namun anda mampu karang buku terbaik tahun ini. Buku anda bakal memberi kesan, impak dan akibat baik bukan kepada 5 atau 10 orang, tetapi kepada 100,000 orang dan lebih dari itu. Demikian suratannya.

Setiap orang mampu karang buku yang terbaik, sekiranya dia tahu bagaimana caranya.

Sekiranya semua pihak tidak berminat, tetapi anda yakin dengan karya anda, maka jadilah penerbit buku anda sendiri. Tidak perlu tenaga, usaha dan banyak yang banyak untuk melakukannya.

Anda nak tahu tidak bagaimana mengarang, menyiapkan manuskrip dan menerbit buku anda.

Bayangkan betapa seronoknya anda berpeluang mengambil kesempatan seseorang dari dalam industri buku membantu anda untuk karang buku, siapakan dan terbitkan untuk pasaran seluruh negara.

Ketahuilah setiap buku yang telah terbit dan kini memenuhi perpustakaan dan kedai buku, dan yang berada di rumah pembaca buku, adalah buku yang telah pun dikarang oleh seseorang.

Begitulah buku yang bakal muncul, ada orang mengarangnya. Sekarang adalah masa anda untuk karang buku yang anda idamkan dan yang anda hajatkan selama ini.

Ada beberapa keseronokan anda berkaitan buku. Keseronokan yang nyata ialah membuat keputusan untuk karang buku sekarang. Keseronokan seterusnya ialah anda siapkan manuskrip. Paling seronok ialah buku terbit dan mula dibeli orang.

Anda punyai kewibawaan bila sudah bergelar pengarang buku. Di samping itu, ada pendapatan dari jualan buku dan sumber pendapatan yang tidak dijangka apabila buku di pasaran berpindah ke rumah pembaca. Setelah buku diterbitkan, hidup anda bakal berubah menjadi lebih baik lagi. Ada kemungkinan pula impak, kesan dan akibat baik dirasai oleh betapa ramai orang yang membaca buku karya anda.

01. Bagaimana Cara Karang Buku Terbaik.

Nilai dan Harga buku anda yang disiapkan melalui beberapa langkah yang sudah diuji berkesan.

02. Berikan segala yang diperlukan kepada si pengarang buku dalam diri anda. Faktor penting untuk menyerlahkannya.

03. Pelbagai pendekatan untuk jual buku anda. Ketahui caranya.

04. Karang untuk Berjaya Lagi Menjayakan.

Ketahui rahsianya.

05. Ciri Buku Yang Hebat

06. Manfaat Buku Ilmu, Informasi, Pengetahuan, Kepakaran dan Kemahiran.

07. Senarai bab

Tapak Buku yang hebat.

08. Keperluan sepanjang proses karangan buku.

Dapatkan gambaran menyeluruh.

09. Persiapan untuk melancar buku ke pasaran pembeli yang pembaca, dan pembaca yang membeli.

10. Untung selepas buku terbit dan lain-lain keuntungan kepada anda.

Fikirkan kerjaya sebagai pengarang buku. Anda mungkin merasa syok nak masuk universiti, sambung belajar. Bayangkan nikmatnya bila anda sudah karang sebuah buku. Kerja atau kerjaya sebagai pengarang buku boleh diteruskan dan boleh berterusan.

Bakat memang perlu untuk karang buku. Namun tekun, gigih dan berdaya-juang untuk menyiapkan manuskrip sehingga terbit buku, adalah amat perlu.

Beri perhatian kepada judul buku. 70 % perhatian pembeli ialah padangan pertamanya terhadap judul buku.

Cara karang buku yang pasti diterbitkan.

Sudahkah anda karang buku yang sekian lama tersemat di hati, supaya dapat dibaca oleh orang lain. Usah berputus asa. Segera laksanakannya. Pembaca sedang ternanti-nanti karya anda. Setiap sesuatu ada caranya. Begitu juga dengan buku.

01. Waktu. Bilakah waktu paling sesuai anda karang buku. Siang. Malam. Atau sebahagian siang dan sebahagian lagi malam. Dalam tempoh 24 jam sehari-semalam, pilihlah waktu paling sesuai. Contohnya 9 pagi dan 9 malam.

02. Tempoh. Berapa lamakah anda kekal produktif. Contohnya 3 jam. Jadi tempoh pilihan anda ialan sama ada dari 9 pagi hingga 11 pagi. Atau 9 malam hingga 11 malam. Atau kedua-dua tempoh tersebut. Ataupun lain-lain tempoh ikut kesesuaian anda.

03. Jumlah. Pilihlah untuk karang sebuah buku dahulu, walaupun ada bermacam judul yang menarik perhatian anda. Setelah terbit buku pertama, anda boleh bersegera karang buku berikutnya.

04. Tebal. Ikut kemampuan anda berapa tebalkah buku yang ingin anda karang. Tebal nipis sesuatu bab, dan keseluruhan buku, terpulang kepada anda. Apa yang pentingnya buku anda padat dengan maklumat berharga.

05. Motif. Pilihlah satu motif yang boleh mendorong anda untuk karang buku. Apa jadipun akhirnya buku anda diterbitkan juga.

06. Semangat. Karanglah buku anda dengan penuh semangat. Dengan semangat, apa yang anda karang boleh dirasai tenaganya.

07. Pilihlah subject yang anda minati. Ini adalah kerana, subjek yang anda minati, memudahkan anda menyiapkan manuskrip. Di pasaran mungkin ada buku yang telahpun diterbitkan mengenai subjek pilihan anda. Tidak mengapa, bacalah apa yang telah dikarang. Kemudian pilihlah sudut yang paling berkesan. Serta apakah lagi kebaikan yang anda boleh tokok dan tambah kepada subjek yang dipenuhi buku yang sama.

08. Sasaran. Ketahuilah siapa pembaca buku anda. Bila anda ketahui sasaran khalayak pembaca buku anda, mudah untuk anda mengguna bahasa, gaya, dan contoh yang sesuai dengan pembaca anda. Sapa paras gelombang boleh dicapai di antara pengarang dan pembaca. Tidak mahu menakutkan anda dengan profil lengkap pembaca. Cuma cukuplah sekadar dinyatakan lebih banyak maklumat yang dan ketahui mengenai pembeli, adalah lebih baik untuk anda karang buku ini.

09. Senarai. Pastikan anda merancang dan menyusun senarai tajuk bab buku anda. Ini adalah perkara yang menentukan seseorang membeli buku anda. Tambahan pula dengan adanya senarai, memudahkan anda mengisi buku ini sehingga selesai dan diterbitkan.

10. Soalan. Senaraikan juga soalan berkaitan dengan tajuk bab. Fikirkan sedari awal soalan yang bakal ditanya oleh pembaca sehubungan dengan bab buku anda. Kemudian bila mengarang buku ini, anda semacam menjawab semua soalan tersebut. Hal ini memudahkan anda menyiapkan buku ini.

11. Pasaran. Karanglah buku ini dengan maksud buku anda dibeli. Ketahuilah pembeli buku melihat keseluruhan rekaletak luaran buku, termasuk muka depan dan muka belakang, kemudian melihat judul buku, melihat nama pengarang, dan kemudian melihat senarai kandungan buku. Ciri buku dan manfaat yang ditawarkan. Seandainya anda karang buku dan buku ini dibaca oleh 10 orang sahaja. Ini satu pencapaian. Jika anda mengetahui hal ini dari awal, dan anda tetap kata buku anda adalah yang terbaik, maka karanglah buku tersebut. Maksudnya anda tidak perlu terpengaruh dengan pasaran menentukan apa yang anda mesti karang. Namun tentulah baik seandainya buku yang terbaik diikuti dengan pembelian dan pembacaan seluruh rakyat Malaysia.

12. Kemampuan. Pastikan tebal atau nipis buku anda adalah mengikut kemampuan anda. Buku yang terlalu tebal, memakan masa yang lebih berbanding buku yang nipis. Buku yang terlalu nipis, cepat siapnya, namun implikasinya, pembeli memikirkan mengenai kewajaran membelinya. Namun hakikatnya bukan tebal atau nipis, namun, adalah memanfaatkan pembaca.

13. Industri. Menarik seandainya anda sebagai pengarang meninjau industri buku. Pengetahuan ini banyak membantu anda menyiapkan buku karya anda ini. Sebagai contoh industri di Malaysia adalah 1 buku karya tempatan dan 9 karya buku import. Hal ini memberi semangat kepada pengarang seperti saya mengarang dan memberi sumbangan kepada khazanah buku negara. Serta sesuatu yang boleh saya wariskan kepada generasi mendatang.

14. Media Massa. Seringkali media massa memaparkan indikator buku. Dari media massa ini anda boleh dapat pelbagai maklumat berharga sehubungan dengan buku yang anda ingin terbitkan.

15. Maklumat Berguna. Seringkali seseorang pengarang mengambil kesempatan bercakap mengenai buku yang bakal dikaranginya. Pendapat, pandangan, dan perkongsian maklumat berguna kepada anda yang ingin menyiapkan buku.

16. Pelancaran. Fikirkan bila pelancaran buku anda yang sudah terbit ke pasaran. Ketika orang ramai sibuk membeli-belah untuk perayaan, atau lebih mahu wang ditumpukan kepada persiapan persekolahan, masa ini kebarangkalian melancarkan buku belum sesuai. Kalau semasa ahli masyarakat dapat bonus. Sesuai. Namun buku yang baik oleh pengarang yang ikhlas tidak mengira waktu pelancaran. Bila-bilapun bukunya dibeli orang.

Kulit buku hendaklah diberi perhatian. Pembeli ada beberapa saat sahaja untuk tertarik kepada kulit buku. Dimuka depan ada judul, ada nama pengarang, dan atau gambar pengarang. Semua maklumat itu tidak perlu diulang di muka belakang. Di muka belakang sebaiknya ialah maklumat yang merangsang pembeli untuk membeli buku anda. Biasa di muka belakang adalah surat jualan ringkas mengenai manfaat buku anda.

Sebuah sumber bahan yang anda temui, bahagikan kepada dua bahagian. Pertama: Bibliografi. Dan Kedua: Rujukan.

Apakah bezanya kedua-dua fail ini?

Budaya dokumentasi ini menjadikan rakyat sesebuah negara maju. Rakyatnya karang buku, baca buku, dan menjadi insan yang bermaklumat.

Berapa perkataan dan berapa bab?

Anggaran bab di antara 10 hingga 12, maka kiraan ialah sekitar 30,000 ke 35,000 patah perkataan. Manakala untuk bab di antara 12 hingga 15, anggaran patah perkataan ialah di antara 35,000 hingga 45,000 patah perkataan.

Itu anggaran sahaja. Kurang atau lebih, tidak dikisahkan sangat.

Justeru, tidak payah risau itu semua. Karang sahaja. Pada mulanya memang tak nampak sangat. Lama-kelamaan buku anda semakin jelas. Siap untuk dijual.

Sememangnya dalam proses karang buku, ada bab baru dimasukkan. Ada bab dibahagi dua. Ada bab yang dibuang terus.

Di masa depan anda boleh kemaskini. Tokok dan tambah sebagai edisi kedua, atau versi kedua.

SARIPATI

LATIHAN

KESIMPULAN

SERUAN

Ideal yang anda alami ialah

transformasi sesuatu idea menjadi kenyataan

dalam bentuk produk, perkhidmatan, dan teknologi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan