
AKADEMI BUKU MALAYSIA
YAYASAN PEMBANGUNAN BUKU NEGARA
YAYASAN PEMBANGUNAN BUKU NEGARA

Akademi Buku Malaysia ialah institusi latihan profesional Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk memajukan industri buku dan mengembangkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Akademi Buku Malaysia yang berfungsi membangunkan karyawan profesional dalam industri buku negara telah dilancarkan secara rasmi pada 29 Februari 2008 oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia ketika itu.
Penubuhan Akademi Buku Malaysia menandakan era baru dunia penerbitan buku negara kerana menyediakan program latihan profesional khususnya dalam bidang penulisan, pengeluaran, pemasaran, dan pelbagai jenis buku bagi bacaan semua lapisan masyarakat. Justeru, Akademi bersedia menganjurkan latihan serta perundingan khusus bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai peringkat personel berkaitan industri buku negara.
KONSEP LATIHAN
Program berbentuk latihan jangka pendek dan latihan jangka panjang. Latihan dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
OBJEKTIF LATIHAN
Membina kompetensi peserta dalam aspek sikap, kemahiran dan pengetahuan supaya industri penerbitan buku berupaya menyokong pembangunan negara menuju negara maju menjelang tahun 2020. Latihan bertujuan membina sikap (attitude), kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge). Latihan dibahagikan kepada empat (4) peringkat iaitu asas, pertengahan, lanjutan dan khusus mengenai aspek tertentu bidang penerbitan buku.

Struktur latihan akan dilaksana mengikut peringkat:
Peringkat Asas
Latihan peringkat asas dilaksanakan kepada para pekerja yang baru berkhidmat dalam industri perbukuan dan juga individu yang berminat dan ingin mengetahui industri buku.
Peringkat Pertengahan
Latihan peringkat pertengahan melibatkan pembangunan kompetensi dan peningkatan kompetensi kepada para pekerja yang telah berkhidmat di dalam organisasi penerbit buku tanpa latihan formal sebelum memasuki kerjaya ini.
Peringkat Lanjutan
Latihan peringkat lanjutan bertujuan mengukuhkan kompetensi para pekerja yang telah berkhidmat lebih sepuluh tahun terutama bagi mereka yang akan melaksanakan tugas sebagai ketua dalam organisasi penerbitan buku.
BIDANG LATIHAN
• Pembangunan Buku
• Penyuntingan Buku
• Proses Pracetak, Percetakan dan Penjilidan
• Pemasaran Buku
Bidang latihan baru boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa mengenai sesuatu bidang khusus dalam industri buku atau isu-isu baru dalam dunia penerbitan buku contohnya Penerbitan Web, Print-on-Demand, Self-Publishing dan sebagainya.
PENUTUPAN
Akademi Buku Malaysia (ABM) berhasrat dapat menghasilkan peserta kursus yang memiliki sikap positif mendalami ilmu dan mengungguli kemahiran supaya menjadi lebih komited dan bertanggungjawab kepada tugas yang diamanahkan.
PERTANYAAN
Untuk keterangan lanjut berkaitan program latihan ABM sila ajukan pertanyaan kepada:


Yayasan Pembangunan Buku Negara
Tingkat 29, Wisma Denmark, 86 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 019-367 8067, 603-2687 9200 Fax: 603-2687 9201
Laman Web: www.bukuonline.net Emel: alid_ina@yahoo.com
Klik imej untuk besarkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan