Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Sabtu, 28 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG CETAK Kualiti dan Kuantiti

25. CETAK:

Kualiti dan Kuantiti

Petikan

Format Buku Yang Hebat

Seringkali Menarik Minat Pembaca

MANFAAT

Dalam bab bertajuk Format Buku ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:

01.

02.

03.

KHAS

Apakah inti yang paling berharga nan perlu anda perolehi

PENGENALAN

ISI

Cantik! Buku anda akhirnya siap. Kini anda sudah bersedia untuk menjual buku anda di kedai buku. Promosi adalah penting. Seronok sungguh ya promosi buku sendiri.

Walaupun ada orang lain promosi buku anda. Bila anda pun promosi buku anda juga, maka dua kali ganda seronoknya. Anda bakal menjadi terkenal. Usia masih muda, sudah pun ada buku sendiri.

Dulu setelah manuskrip anda siap, cetakan minima ialah 5,000 naskah. Walaupun RM 1 senaskah, anda perlu ada modal sebanyak RM 5,000.

Lebih banyak naskah dicetak, lebih murah harganya.

Kini kos cetakan adalah jauh berbeza.

Ada pencetak yang sanggup membantu, mengambil risiko kerana tahu buku anda ada potensi laris di pasaran. Dicetaknya manuskrip anda menjadi buku, dan sesudah siap, anda juallah. Sebulan nanti barulah bayar kos cetaknya.

Kos percetakan buku adalah murah. Yang mahal ialah nilai dan harga usaha pengarang, dan kos tanggungan penerbit. Dari jumlah RM 1.00 atau 100 %, agihan biasanya ialah 10 sen atau 10 % dapat pada pencetak, 10 sen atau 10 %, pengarang, penjual 30 sen atau 30 %, sementara bakinya ialah 50 sen atau 50 %.

Pengarang dapat berapa? Biasanya 10 % dari harga jualan buku. Bayaran diperolehi selepas buku dijual. Lazimnya setahun. Ada pengecualiannya, tertakluk kepada persetujuan di antara pengarang dengan penerbit.

Berbeza dengan terbit sendiri. Pengarang Cuma bayar kos percetakan di antara 10 % ke 20 %, manakala bakinya 80 % hingga 90 % dapat kepada pengarang.

Tempoh percetakan biasanya dengan kaedah off-set ialah 2 minggu ke 3 minggu bekerja. Ini bermakna kurang daripada sebulan, buku anda sudah boleh dijual di pasaran buku.

Sekarang ada pula apa yang disebut sebagai cetakan digital, dan cetak atas permintaan. Cetakan digital sama sahaja dengan cetakan off-set, Cuma mutunya kurang sedikit. Pun begitu, pembaikan sedang dilakukan supaya cetakan digital sama mutunya dengan cetakan off-set.

Cetak atas permintaan, ialah anda boleh mendapatkan 1 – 10 naskah, dengan anggaran sekitar RM 15 senaskah. Jumlah ini sesuai untuk serahan kepada Perpustakaan Negara Malaysia, anda boleh berikan sebagai hadiah, atau tujuan promosi. Bila ada tempahan, maka anda boleh cetak mengikut jumlah tempahan. Hal ini menyelesaikan masalah stok, inventori, ataupun lambakan buku.

Fikirlah apa cara yang terbaik dan paling sesuai untuk anda, supaya buku anda dibeli orang.

SARIPATI

LATIHAN

KESIMPULAN

SERUAN

Petikan

Sesiapa yang dapat Format Buku yang baik

Pasti mendapat pasaran terbaik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan