Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Jumaat, 27 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG ANDA Sifat, Sikap, dan Sukses

06. ANDA: Sifat, Sikap, dan Sukses

”If It Is To Be, It Is Up To Me”

Diri andalah kunci kejayaan anda.

MANFAAT

Dalam bab bertajuk Format Buku ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:

01.

02.

03.

KHAS

Apakah inti yang paling berharga nan perlu anda perolehi

PENGENALAN

ISI

Anda tentulah tahu sesuatu. Anda ada banyak maklumat mengenainya. Anda mempunyai sesuatu kemahiran. Atau anda pakar sesuatu bidang. Anda punyai pengalaman yang luas dalam bidang tersebut. Semua ini boleh dijadikan buku. Dalam buku tersebut anda isikan dengan pengetahuan, pengalaman anda supaya orang lain boleh tahu. Terutama orang yang ingin tahu.

Ada orang yang merasakan ada sebuah buku yang hebat dalam dirinya berbentuk idea. Orang ini ingin tahu bagaimana idea ini ditransformasikan ke dalam bentuk manuskrip, kemudian buku yang dijual di pasaran.

Serlahkan seorang pengarang dari dalam diri anda

Anda boleh mengarang. Betul tidak?

Anda pernah mengarang. Betul tidak?

Berdasarkan maklumat itu yang anda pun tahu jawapannya, Karanglah buku anda sekarang, bukan karang. Sekarang.

Karanglah sebuah buku yang boleh dijual di pasaran.

Secara semulajadi, anda sememangnya pengarang. Sebab itulah anda akan mengarang buku anda sendiri, bermula sekarang.

Sekiranya anda tidak suka mengarang, ubahlah sikap anda itu. Tidak suka, tiadalah dapat anda bantu diri anda untuk menjadi pengarang buku. Bila anda ubah sikap anda, maka anda sedang menuju ke kedudukan pengarang buku itu.

Pernahkah anda ingin orang lain melakukan sesuatu untuk anda, dan anda mendapat manfaatnya? Itu bukan maksud dan tujuan kita melalui buku ini. Sesungguhnya maksud dan tujuan kita bersama ialah inilah buku anda sendiri yang anda sendiri mengarangnya.

Orang lain seperti anda juga, sama ada mereka dihimpit masalah dilanda cabaran, dan keinginan memenuhi hajat berkaitan dengan kehidupan ini.

Buku yang anda karang, dan diterbitkan, kemudian menjadikan anda terkenal seluruh negara. Wow! Seronoknya.

Bayangkan publisiti berlangsung walaupun anda sedang tidur. 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Melalui internet.

Ramai menyangka karang buku adalah susah. Ada ketikanya pakar pun menyatakan demikian.

Dengarlah nasihat dari orang yang sudah pernah bukunya diterbitkan. Jika kena gayanya, betul caranya, maka karang buku tidaklah susah. Senang sahaja.

Bila anda nampak dan tahu keseluruhan proses idea menjadi ideal, maka karang buku mudah sahaja.

Tahukah anda sesuatu yang boleh mereka manfaatkan setelah mereka membaca buku anda. Itulah yang anda karangi.

Alangkah lain macam rasanya sedari awal lagi anda sudah pun menetapkan untuk menghasilkan manuskrip yang dijadi buku, sebagai karya yang terbaik.

Terbaik ialah kualiti dan kuantiti buku. Kulit buku yang menarik. Fon yang selesa membacanya. Judul buku yang menarik. Senarai tajuk bab yang teratur. Terdapat pembaharuan dan kelainan. Tawaran sesuatu penyelesaian yang berharga.

Buku terbaik ialah anda merasa kepuasan maksima. Buku terbaik ialah penerbit terus berminat. Anda boleh promosi sendiri buku anda menerusi laman web yang anda bina secara percuma.

Apakah satu perkara utama yang anda sampaikan melalui buku anda. Apakah sebab pembeli membeli buku anda. Kenapa buku anda perlu dibaca. Siapa yang sebaiknya membaca buku anda.

Gunalah imaginasi anda...

Ada orang di kalangan kita yang boleh melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Namun bila tiba kepada menulis buku, mereka mengaku kalah.

Sebab itulah sehingga kini, mereka belum mempunyai sebarang buku lagi.

Dalam diri mereka ada kepercayaan karut sehubungan dengan karang buku. Bila dikatakan, “karanglah sekarang”. Jawabnya, “karanglah”.

Seandainya anda ingin menjadi pengarang buku, mulakan dengan satu sistem karangan, yang dalam memecah segala kebuntuan. Malah mampu anda manfaatkan sehingga buku anda terhasil.

Di antara kekarutan di kalangan orang yang belum mengarang buku ialah, ”susahnya karang buku”. Kekarutan itu semacam tembok yang dibina sendiri supaya menghalang hajat untuk menghasilkan buku. Maka muncullah “karang” yang bermaksud tangguh. Saya memang nak karang buku, tapi karanglah. Tangguh! Lama kelamaan, semakin lama semakin kelamaan. Manuskrip tidak juga siap. Buku belum juga dihasilkan.

Bila timbul rasa nak tangguh. Katakanlah, lakukan sekarang. Lakukan sekarang. Dan lakukanlah sekarang. Bukan karang.

Kalau saya karang buku, saya tidak dapat membuat lain-lain kerja. Lagi pun saya ada bermacam tanggungjawab yang perlu dipikul dan bermacam kerja yang perlu dibuat.

Sehari karang selembar kertas, akhirnya siap juga manuskrip. Jadi juga buku. Lakukanlah apa yang perlu dilakukan yang ada kaitan dengan orang lain, ibu-bapa, cik gu, kekawan. Namun mestilah ada waktu untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan sendiri. Karang buku.

Seandainya karang buku ialah macam lari 1000 meter, maka larilah 100 meter dulu. Kemudian 100 meter lagi. Lakukan dengan istiqamah, InsyaAllah siap sempurna manuskrip menjadi buku.

Banyak sangat gangguan dari orang lain sehingga tidak boleh langsung nak karang buku.

Seandainya sesuatu itu adalah tuntutan kehidupan, maka bukanlah gangguan. Maka lakukanlah dengan penuh tanggungjawab.

Tetapi kalau ganguan, fikirkan kenapa seseorang ingin mengganggu anda daripaa melakukan sesuatu yang amat berharga kepada anda. Berhadapanlah dengan orang ini. Biar disedarinya kenapa dia ingin ganggu usaha anda. Apakah dia tidak ada kerja lain?

Seandainya anda sedang seronok dengan karang buku, tiba-tiba telefon berdering. Jawablah. Lepas itu sambung balik. Apa yang susahnya. Jawab sahaja telefon itu, selepas itu sambung untuk karang lagi buku anda.

Gunalah kaedah tracking, untuk mengetahui kemajuan manuskrip anda dan jaraknya untuk menjadi buku.

Ketahuilah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Berapa helaipun buku anda, 100, 200. Semuanya bermula dengan sehelai. Helaian yang pertama.

Disiplinkan diri anda untuk menulis pada waktu yang anda paling produktif. Usah khuatir berapa banyak yang telah ditulis. Teruslah menulis. Pasti banyak punya.

Timbulkanlah keseronokan mengarang. Bila seronok, karangan 500 perkataan sehari, tidak ada masalah langsung. Apa yang baik ialah terus mengarang dan jadi seronok. Jadi seronok dan terus mengarang. Chewah!

Memanglah seronok mengarang. Tetapi kena berhenti juga. Lepas itu masalahnya problem, dan problemnya masalah. Macam mana nak sambung balik di mana anda berhenti.

Senang sahaja. Baca kembali dari mula anda mengarang sebelum ini. Dapatkan aliran karangan anda, kemudian sambunglah dari situ. Tergarit sikit tidak mengapa, teruskan karangan anda itu. Kemudian nanti ada masa untuk edit atau sunting. Semasa inilah apa yang tergarit diangkat semula ke landasan yang lurus.

Dapatkan momentum karangan anda semula. Putarkan rasa dalaman kepada keseronokan sebelum ini.

Saya pantang kalau sedang karang buku, lepas itu terhenti. Saya mesti siapkan setiap bab buku ini, kalau tidak saya akan teruskan apa jadipun jadilah.

Ada bagusnya begitu. Tetapi elakkanlah daripada membuat satu peraturan yang menyusahkan diri sendiri.

Fikirkan ada atau tidak kebaikannya, ketika anda sedang siapkan bab 5 umpamanya, anda dapat idea bernilai tinggi, untuk bab 8, mithalnya. Semasa ini, terus ke bab 8, sampai mana yang mencurahnya idea ke manuskrip. Nanti kembalilah ke bab 5, bila ada kelapangan.

Buku siap satu hal. Tapi kalau siap anda tak bahagia satu hal lain pula. Adalah lebih baik kecapi nikmat gelodak keghairahan mengarang dengan seronok. Bila buku siap kelak, rasa seronok itu 100 kali ganda nikmatnya. Apa macam?

Ada kawan bertanya, kenapa ada banyak bab yang kosong dalam draf manuskrip anda? Usahlah buat terkejut, apa yang kosong itu, nanti anda isilah. Apa susahnya? Bila anda isi bab yang kosong itu, maka adakah lagi nanti bab yang kosong? Mana ada kosong lagi, sebab anda sudah isikan.

Ewah! Karang buku ialah suatu perjalanan. Ada kalanya lancar sangat. Di kala lain tersangkut-sangkut. Macam si Apek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok daa…

Sekiranya dalam perjalanan ada peta. Dalam perlangsungan penulisan ada pelan karangan. Anda buat pelan apa yang anda ingin karang terlebih dahulu. Pelan karangan ada kena mengena dengan senarai kandungan.

Dalam pelan ini, ada detik di mana manuskrip anda siap, dan buku anda sedia di lancarkan ke pasaran seluruh negara.

Dalam pelan karangan buku ini, pastikan supaya pembaca membaca keseluruhan kandungan buku anda, dari bab mula hingga habis di bab penamat.

Sediakan rangka buku, untuk mengisi bab buku sehingga nampak jelas keseluruhan gambaran buku. Setiap bab adalah semacam struktur, sehingga buku boleh didirikan bagaikan sebuah rumah. Bukan, istana! Nah, ambik kau.

Bab buku anda, berikan tajuk. Tajuk itu boleh diisi. Dalam pengisian bab anda itu adakan sub-tajuk. Ini membantu anda terus mengarang buku dari sub-tajuk ke sub-tajuk berikutnya.

Dari pelbagai sumber, dapatkan petikan mengenai tajuk dan sub-tajuk bab buku anda. Biasanya pentikan begini memberi kseimpulan bab tersebut, di samping memberi sedikit pelincir kepada kelancaran perjalanan karangan buku anda.

Dari pengalaman anda dan pengalaman orang lain ada kah cerita. Seringkali pembaca suka pada cerita. Cerita pendek lah kan. Bukannya satu bab jadi novel pulak...baru haru, ya tidak?

Ada ketikanya penting sekali anda selitkan senarai fakta. Kemudian diikuti dengan penerangan dan penjelasan fakta tersebut. Sama ada satu para atau beberapa perenggan.

Adakah lagi bahan yang berharga dan bernilai yang anda ingin kongsikan dengan pembaca buku karya anda? Masukkan.

Apa lagi yang boleh membantu pembaca memahami kandungan bab yang anda sertakan dalam buku ini? Bubuh.

Kemudian satu atau beberapa perenggan penutup. Hah, siap dah.

Apa yang nak dikarang lagi. Di kedai buku dan di perpustakaan sudah terdapat banyak buku mengenai bermacam-macam subjek dan bidang dan pengkhususan.

Adakah saya merasa demikian juga? Buku Karang-mengarang sudah bukan main banyak. Namun adakah buku yang berjudul Jom!

Adakah buku yang semesra ini.

Adakah pengalaman saya berharga kepada pembaca sasaran saya.

Adakah buku yang ditumpukan hanya terhadap penerbitan buku bukan fiksyen?

Ini sumbangan saya kepada orang saya.

Jadi ketahuilah boleh ada 100 buku mengenai karang mengarang, namun ada satu buku yang uniknya, Zubli Zainordin.

Berdasarkan itulah, buku anda juga adalah unik kepada diri anda. Tidak akan ada orang sebelum dan selepas anda yang menulis buku yang anda karang.

Apa yang istimewanya buku ada. Apa yang baru. Apa kelebihannya buku karangan anda. Apa yang uniknya. Apakah kelainannya. Apa yang berharga yang anda tawarkan.

Cadangan, syor, tips.

Bila judul buku menarik, dan orang pun membeli buku karya anda, maka tentulah buku ini membawa bersama untung kepada anda dan semua pihak yang turut memainkan peranan dan mendapat pendapatan hasil daripada jualan buku karya anda ini.

Selain dari judul, tajuk bahagian buku dan tajuk bab buku hendaklah juga menarik.

Adakah anda teringin karang buku, namun boleh nikmat kehidupan sepenuhnya.

Buku dijual semasa anda masih hidup, kemudian buku anda boleh anda wariskan kepada generasi akan datang.

Masa untuk karang buku adalah masa yang khas. Tidak boleh sambil lewa.

Anda perlu kemahiran karang buku.

Lalui proses karang buku tanpa mengurangkan masa, tenaga, dan wang anda.

Meredah sifat bertangguh.

Terdapat beberapa alasan menangguh karang buku. Di antaranya ialah:

01. Alahai, tak ada masa lah.

02. Tak tahu macam mana nak mula.

03. Duduk nak karang sahaja, buntu. Habeh camno.

04. Tak kuasalah, banyak sangat gangguan.

05. Tak ada orang nak bimbing.

06. Tak reti nak susun bahan.

07. Ah! Banyak kerja lain yang lebih untung.

08. Bahasa baku manalah saya reti.

09. Dah nampak apa nak karang, tapi kemudian kabur pulak.

10. Alamak, bahasa baku leceh lah, saya mana reti.

11. Bila tak karang nampak, bila duduk nak karang saja, gelap.

12. Terasa macam dah siap, tapi masih belum siap lagi.

Kenapa sebagai individu, akhirnya anda tetap juga karang minima sebuah buku.

01. Pengalaman anda tiada siapa yang alami. Buku karangan anda adalah satu cara anda kongsi pengalaman anda itu dengan orang lain.

02. Sebagai pakar bidang, ada sesuatu yang menarik dalam bidang tersebut yang perlu diketahui orang lain. Buku adalah satu cara memberitahu.

03. Pengarang buku berdiri dengan status yang tinggi di kalangan masyarakat. Buku karangan anda meletakkan anda ke status itu. Lain jika anda letakkan diri anda ke status itu tanpa buku.

04. Buku mengandung maklumat. Buku yang anda karang menjadikan orang lain tahu dan berpengetahuan akan maklumat tersebut. Aspek yang anda sentuh dalam buku anda itu menambah kepada gedungan pengetahuan.

05. Buku adalah simbol usaha anda. Membawanya ke suasana temuduga kerja, meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan itu, ataupun kenaikan pangkat.

06. Walaupun di peringkat manuskrip, beberapa minit sahaja buku anda boleh ditransformasi dalam bentuk e-buku, dan boleh dijual melalui internet.

07. Sementara jualan itu berterusan, selagi buku diterbitkan dalam bentuk jilidan bercetak kertas, dan dijual di pasaran terbuka, selagi itulah anda memperolehi pendapatan sepanjang hayat, dan boleh anda wariskan selepas anda tiada lagi di sini.

08. Buku adalah ruang untuk anda nyatakan sesuatu yang dekat di hati mengenai sesuatu dalam kehidupan yang dirasai bersama dengan orang lain.

09. Setiap kali ada persamaan, bezanya ialah buku yang anda baca dan buku yang anda karang. Sesiapapun boleh baca buku yang anda baca. Namun buku yang anda karang ialah unik hanya kepada anda.

10. Buku anda adalah sumbangan besar, bererti dan bermakna kepada khazanah buku negara.

11. Anda dikenali, kerana pastinya 5 naskah buku anda diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia. Beberapa naskah lagi dijual di kedai buku. Selainnya anda jual sendiri bila ada acara pengarang tandatangani buku untuk pembaca. Bakinya diresensi, dikupas, diulas, dan dikritik di media massa.

12. Bila buku pertama anda sudah terbit, buku kedua dan seterusnya semakin mudah diterbitkan. Penerbit bakal mahu mengikat perjanjian dengan anda, hulurkan pendahuluan, kerana ada bukti yang anda telah terbit buku.

Seandainya anda ingin mengubah kehidupan anda, karanglah buku.

Ketahuilah setiap buku ada pembacanya. Ada ketika ramai pembacanya. Ada ketika sikit pembacanya. Di ketika lain kecil dan semakin meningkat pembacanya.

Karang buku bersama dengan kontrak untuk penerbitannya, dan promosinya.

Judul buku, siapakah yang akan tertarik?

Ramai ini termasuklah...

Fikirkan siri buku.

Sokongan kepada anda sebagai pengarang anda penting.

Karanglah di mana anda berada. Anda tidak perlu pindah ke suatu pulau untuk karang buku ini. Anda karang sedikit demi sedikit, bab demi bab. Bukannya 1 ke 3 hari anda ingin siapkan buku. Elakkan ketegangan. Karang dalam keadaan tenang. Rasa tenang dan karang buku. Rasakan keseronokan memulakan perkataan pertama, ayat pertama, bab pertama, buku pertama. Wow!

Bila karang buku karanglah dalam bentuk draf. Segala pembetulah ejaan boleh dilakukan kemudian, sewaktu membaca pruf dan menyunting manuskrip.

Ambillah bahagian dalam promosi buku anda sendiri. Walaupun ada orang lain melakukan promosi, namun anda tetap promosikan buku anda itu.

Pastikan buku yang sudah dalam bentuk draf atau manuskrip disimpan dengan baik supaya tidak hilang. Kadangkala ada masalah teknikal dengan komputer, bahan anda hilang semuanya. Elakkan sedari awal hal ini berlaku kepada anda. Simpanlah di disik keras, disk lisut, disk lembut dan apa juga pendekatan simpanan yang ada, termasuk simpan di alam maya.

Sekiranya anda ada kemudahan, setelah siap sesutu bab, cetakan dan simpan.

Bersedialah untuk dipanggil temubual melalui media setelah buku anda diterbitkan.

Sememangnya karang buku boleh mengubah kehidupan anda. Namun apa yang penting ialah anda berubah menjadi lebih baik setelah buku tersebut anda karang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan