Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Sabtu, 28 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG Buku Apa Anda Nak Karang

02. BUKU APA ANDA NAK KARANG

Buku karang anda, mula anda karang, sehingga siap, lalu dicetak dan diterbitkan.

Jom! Karang buku sekarang, bukan karang.

Satu sahaja buku yang anda karang. Kemudian sekiranya anda ingin karang lagi buku, amat digalakkan.

Tumpukan kepada buku ini. Buku yang terbaik hasil karya anda.

Buku ini adalah buku yang paling ingin anda karang. Buku ini amat ingin anda saksikan dicetak dan diterbitkan.

Seterusnya buku ini dilancarkan, dipasarkan, dipromosikan, dan dijualkan kepada pembeli dan pembaca buku di Malaysia.

Buku ini juga mendapat perhatian media, lalu diulas, dikupas, dan dikritik.

Buku karya anda ini diletakkan bersama susunan lain-lain buku di rak buku di perpustakaan dan kedai buku seluruh negara.

Bayangkan!

Buku karya anda ini dijadikan hadiah orang jabatan kerajaan dan syarikat swasta kepada kakitangan mereka yang cemerlang.

Orang lain turut membeli buku karya anda untuk dijadikan hadiah, atau sebagai satu daripada koleksi peribadinya.

Rakan sejak dahulu yang mengenali anda, turut mendapat tahu mengenai buku karya anda ini. Ada yang mula hubungi anda untuk ucap tahniah dan seumpamanya.

Buku karya anda juga dimuatkan dalam portal, laman web, dan blog.

Begitulah buku yang mula anda karang sekarang, kelak ditebitkan, sehingga menimbulkan rasa puas di hati anda.

Anda digolongkan sebagai seorang daripada para penulis, pengarang, dan karyawan buku tanahair.

Wow!

Seandainya buku anda sudah bersedia untuk karang, sekarang, bukan karang, sila hubungi:





















Zubli Zainordin

COO (Chief Operations Officer)
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Malaysia


Konsultan Projek Khas Nasional

Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,

(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

Merangkap

Timbalan Ketua (Komunikasi)

Bukuonline.org

017 236 0063

zubli.s.ebook@gmail.com

http://bukuonline.net/page.php?4

411 Blok 19, Seksyen 8

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan