Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Sabtu, 28 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG Kenapa Anda Nak Karang Buku

05. KENAPA ANDA NAK KARANG BUKU

Setiap amalan bermula dengan niat. Begitu juga dengan karang buku. Apakah niat anda.

Niat untuk karang buku, dimantapkan dengan hajat yang ingin anda capai dalam kehidupan ini. Bila niat anda untuk karang buku sepadan dengan hajat dalam kehidupan anda, maka buku karya anda ini mampu anda siapkan.

Niat yang disertakan motif memberikan kepada anda daya tahan dan daya juang untuk terus bersemangat sehingga buku anda menjadi kenyataan.

Motif adalah penting kepada setiap orang. Pengarang buku juga mempunyai motif untuk karang buku.

Motif adalah putaran dalam dorongan yang bakal membantu anda untuk mulakan karangan buku anda, menyiapkan manuskrip, memastikan manuskrip anda dicetak dan diterbitkan sebagai buku.

Motif juga adalah elemen dorongan supaya buku anda dipasarkan, dipromosikan, dan dijualkan.

Berdasarkan motif, anda akan pasak tekad. Bila tekad sudah dipasak, anda sanggup dan anda bersungguh-sungguh untuk karang buku ini.

Kemudian anda rangkakan matlamat untuk buku karya anda ini berada di pasaran. Katakanlah dalam tempoh 3 bulan, buku karya anda siap untuk dicetak dan diterbitkan.

Hanya bila anda ada matlamat, anda tahu arah, tuju, hala untuk sampai ke destinasi kejayaan. Maksud kejayaan di sini ialah buku anda sudah pun dijual di pasaran.

Sesudah niat, hajat, motif, tekad, dan matlamat, kini anda sudah bersedia untuk karang buku yang terbaik lahir dari dalam diri anda.

Tidak kiralah seandainya anda karang buku ini dengan tujuan untuk kepuasan peribadi, untuk membuktikan sesuatu, untuk menjadi terkenal, untuk mendapat pendapatan berpanjangan. Siapkanlah manuskrip karya anda sehingga menjadi buku yang dijual di pasaran.

Seandainya anda sudah tahu kenapa anda nak karang buku, sila hubungi:





















Zubli Zainordin

COO (Chief Operations Officer)
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Malaysia


Konsultan Projek Khas Nasional

Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,

(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

Merangkap

Timbalan Ketua (Komunikasi)

Bukuonline.org

017 236 0063

zubli.s.ebook@gmail.com

http://bukuonline.net/page.php?4

411 Blok 19, Seksyen 8

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan