Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Sabtu, 28 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG KEPASTIAN Judul Mantap Tajuk Mampat

19. KEPASTIAN: Judul Mantap Tajuk Mampat

Petikan

Format Buku Yang Hebat

Seringkali Menarik Minat Pembaca

MANFAAT

Dalam bab bertajuk Format Buku ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:

01.

02.

03.

KHAS

Apakah inti yang paling berharga nan perlu anda perolehi

PENGENALAN

ISI

Anda perhatikanlah...

Saya pun perhatikan juga dan mendapati bahawa ada di kalangan kita yang tidak dapat bezakan di antara “judul” dan “tajuk”.

Ada orang yang berkata, ”tajuk buku saya”. Ada pula yang berkata, ”judul buku saya”. Ada yang berkata, ”tajuk bab buku saya”, dan ada yang berkata, ”judul bab ketiga buku saya ini ialah...”.

Pada anda, yang mana satukah yang betul? Apa bezanya ”judul” dengan ”tajuk”.

“Judul” ialah ”Title”. “Tajuk” ialah “Heading”. Kekeliruannya barangkali timbul apabila “Topic” jadi “Topik”, selepas itu “Tajuk” dibedal menjadi “Title”, dan “Title” jugak ialah “Judul”. Sedangkan “topik” bukan “tajuk”, dan “topik” bukan “judul”. “Topik” ialah inti bab buku. “Topik” adalah cebisan daripada “subjek”. Sedangkan “subjek” ialah perkara, yang disentuh oleh karyawan buku. Bukuwan.

Bila pakar bahasa, pengarang, dan penulis pun keliru, apatah lagi, ramai orang di kalangan orang ramai. Mereka jadi lebih terkeliru.

Pada saya, “judul” sesuai digunakan untuk “buku”, dan “tajuk” sesuai digunakan untuk “bab”. Manakala inti buku, ialah “topik”.

Semangnya diakui, pasaran buku dipenuhi dengan pelbagai buku. Punyalah banyak buku di dunia ini, sehingga ada yang merasakan, “apa lah lagi yang nak dikarang? Terlalu banyak buku, meliputi bermacam bidang, berbagai subjek, dan pengkhususan”.

Tambahan lagi, setiap buku di kedai buku semacam menjerit minta perhatian, menarik minat, dan tertaruh harapan dibeli oleh pengumpul buku mahupun pembaca. Manakala di perpustakaan pula, setiap buku tertaruh harapan supaya dipinjami dan dibacai.

Namun begitu kebanyakan buku di kedai buku dan di perpustakaan adalah diimport, bukan sangat hasil karya tempatan.

Memang pun bercambah macam cendawan selepas hujan, buku dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, dan lain-lain bahasa. Anggaran 90 peratus. Sementara Buku karya dalam bahasa kita masih kurang. Sekitar 10 %. Maknanya, setiap 10 buah buku, hanya 1 sahaja dalam bahasa kita.

Ruang untuk pengisian pasaran buku dengan buku karangan anda adalah begitu luas sekali. Pada saya, amat luas.

Sebab itulah anda dan setiap orang lain digalakkan supaya karang minima sebuah buku.

Bila buku anda sudahpun terbit, dan berada di kedai buku, atau perpustakaan, maka tentulah anda tidak mahu buku tersebut tenggelam dalam selautan lain-lain buku.

Dengan demikian amat penting and hasilkan sebuah buku yang hebat. Buku yang hebat, bila judul buku juga hebat. Itulah yang dinampak dulu oleh pembaca bila melihat kulit buku. Pertama, pengarang yang hebat, dengan judul buku yang hebat. Atau pengarang yang hebat, tetapi kali ini judul buku tak hebat. Atau pengarang tak hebat, dan judul buku pun tak hebat. Atau pengarang tak hebat, namun judul bukunya hebat.

Sebab itulah anda perlu beri masa yang setimpal untuk mendapatkan judul buku yang hebat.

Judul buku yang hebat ialah, pendek, padat, diingati, menarik.

Pilih judul yang menyebabkan pembeli berminat dan tertarik untuk membeli, mengumpul, dan membaca buku karya anda.

Judul buku yang semacam mengeluarkan bahang boleh menambat hati penerbit untuk terbitkan manuskrip anda.

Tambahan lagi:

Pemilik kedai buku, memastikan buku anda dijual di kedainya.

Judul buku yang mencangkuk hati pengumpul buku untuk menambah koleksi bukunya dengan buku karya anda.

Individu yang tertarik untuk mengambil buku karya anda, meninjau kandungannya walaupun sepintas lalu, dan mempertimbang sama ada nak membeli atau tidak buku karya anda.

Pembaca yang amat ingin nak baca buku karya anda.

Dari sudut komunikasi, pemasaran dan jualan, judul yang hebat adalah satu kemahiran yang diutamakan.

Pernah ada buku yang tidak laku. Tiada siapa yang membelinya. Namun bila ditukar judul, dan diberikan kulit yang baru, buku yang baik itu mula mendapat perhatian, tarikan dan berada di senarai teratas dalam buku paling hebat di kedai buku. Lagi disenaraikan, lagi laris pula buku tersebut.

Judul menyediakan ruang untuk pembaca. Di ruang itulah pembaca menjadi teruja, terangsang, menimbulkan jangkaan, keseronokan, dan semangat untuk membeli dan membaca buku karya anda ini.

Judul buku anda juga mesti mencakup keseluruhan mesej buku, dan kandungan buku. Judul buku anda adalah ekspresi dari dalaman diri anda.

Seringkali pembaca akan berkata, “Apa judul buku itu tadi?”.

Jadi tulislah buku terbaik anda dengan judul yang menarik.

Judul buku dengan baik dan anda pasti berjaya.

Judul yang ada nilai, judul yang mencetus bara minat untuk orang membaca buku karya anda.

Bagaimana caranya. Pembaca sukakan sesuatu yang memudahkan kehidupannya, dengan langkah dan petua yang berkesan.

Kenyataan yang mengandungi provokasi, seperti elakkan begini dan begitu. Hal ini menghantar kejutan kepada pembaca dan membuat mereka terpegun lalu mahukan cara untuk mengelaknya.

01. Mula-mula hasilkan judul buku anda. Karang judul anda dahulu. Satu judul yang menerangkan kandungan buku anda. Judul buku yang anda boleh ubah kemudian, atau anda kekalnya.

Terpulanglah kepada anda. Namun yang penting ialah, bila anda sudah ada judul buku, mudahlah untuk anda menyiapkan manuskrip yang kemudian menjadi buku.

Selain daripada judul yang merangkum keseluruhan kandungan buku, dapatkanlah judul yang mengaitkan pembaca buku anda dan apa manfaat yang akan mereka perolehi setelah membaca buku anda.

Kemudian karang inti buku anda. Apakah satu soalan besar yang bakal anda jawab melalui buku anda ini. Tentukanlah supaya setiap bab dan keseluruhan maklumat dengan pastinya dapat menjawab soalan tersebut.

Seterusnya senaraikan semua tajuk bab semacam tiang yang membina buku anda. Bila pembaca melihat senarai tajuk bab buku anda ini, pembaca dapat faham apa yang hendak anda sampaikan dalam buku ini. Atau ada sesuatu tajuk bab yang diminatinya untuk diketahui terlebih dahulu, maka pembaca boleh terus ke bab yang itu.

Jadi susunlah setiap tajuk bab mengikut aturan yang lancar dari satu bab ke satu bab dalam buku anda.

Berdasarkan tajuk bab berkenaan anda sudah boleh karang mana-mana bab yang anda inginkan. Anda boleh terus karang bab yang paling anda seronok dan sukai. Atau bab yang mudah kerana anda memiliki banyak maklumat mengenainya.

Setiap soalan yang anda kemukakan, boleh anda jawab dalam bentuk cerita, kisah, petikan, panduan, inspirasi atau seumpamanya. Maksudnya apa yang wajar dan boleh menarik minat pembaca untuk kecapi nikmat membaca buku anda.

Soalan boleh juga dijadikan sub-tajuk bab buku anda. Selepas dikarang soalan tersebut, anda jawablah berdasarkan apa yang anda tahu, apa yang telah anda alami, dan apa yang anda fikirkan terbaik untuk disampaikan.

Selain dari itu dapatkan maklumat tambahan dari pelbagai sumber maklumat.

Adalah menarik untuk mengarang sedikit bab awal dan diikuti dengan bab akhir. Ini adalah supaya anda jelas bagaimana mulanya dan bagaimana pula akhirnya.

Bab yang awal adalah menerangkan mengenai buku anda, dan apa manfaat yang diperolehi pembaca buku anda. Bab yang akhir ialah satu ringkasan buku anda, serta pelawaan dari anda untuk pembaca bertindak berdasarkan penyelesaian yang telah anda kemukakan.

SARIPATI

LATIHAN

KESIMPULAN

SERUAN

Petikan

Sesiapa yang dapat Format Buku yang baik

Pasti mendapat pasaran terbaik

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas penerangan tentang perbezaan Tajuk dan Judul yang sehingga tadi amat mengelirukan saya. Bagaimana pula dengan 'Caption'? Bolehkah saya gunakan 'keterangan'?

    BalasPadam