Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Isnin, 30 Mac 2009

Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang ~ 10 Tips Lariskan Jualan Buku

Merenung buku di pasaran, membawa kepada soalan, apa yang menyebabkan sebuah buku itu laris jualan berbanding yang lain.

Sejak dulu pun, pengarang buku lebih gemar buku karangannya laris, daripada tidak laku, dan masuk pula senarai inventori lambakan buku berdebu dalam stor.

Adakah tip supaya hal yang sedemikian itu tidak berlaku?

10 tip perancangan awal untuk lariskan jualan buku karangan anda.

01. Saksikan minat di pasaran, sama ada buku fiksyen atau selain itu.

02. Untuk buku karangan pertama kali, karanglah buku yang kecil, ringan, pendek, dan nipis terlebih dahulu.

Kemudian barulah anda maju dengan karangan buku yang besar, berat, panjang, dan tebal pula.

03. Fahami gelagat pembeli dan pembaca di pasaran. Jantina, usia, dan lain-lain faktor berkaitan. Pun begitu, itu adalah pemerhatian sahaja, utamakan karangan buku yang anda minati.

04. Pilih kulit muka depan yang menarik, dengan judul yang menyengat. Terdapat beberapa saat untuk mempesonakan pembeli dan pembaca di luar sana.

05. Kembangkan buku anda dalam bentuk siri. Atau dari buku yang telah dikarang, apakah sedutan yang boleh dimunculkan lagi?

Selain dari e-buku dan buku audio, anda boleh pula meneruskan sebagai penceramah judul buku anda. Tambahan penulis kolum di akhbar, atau jemputan di radio. Filemkan buku anda pula, bagaimana?

06. Fikirkan apa yang terbaik untuk diletakkan di kulit muka belakang. Ini juga mampu diambil peluang untuk melariskan jualan buku anda.

Semarakkan emosi pembeli dan pembaca buku karangan anda. Cangkuk minat mereka. Terutama dengan manfaat yang mereka perolehi setelah membeli dan membaca buku karangan anda. Seperenggan maklumat, pelurukan…

07. Ada pengarang yang membuat perancangan pelan pemasaran bukunya. Jika tidak, anda boleh bekerjasama dengan bukuonline.org untuk aspek ini.

08. Apa yang penting ialah buku karangan anda dimanfaatkan oleh pembeli dan pembaca. Khususnya mesej dari dalam buku anda. Erti dan makna kepada mereka.

09. Sekarang pun, selain dari jualan buku secara konvensional, ada pengarang yang menjual bukunya secara pemasaran talian hayat.

10. Terus menerus dapatkan peluang untuk mempromosi buku anda melalui pendekatan terbaru. Perhatikan dan saksikan bagaimana pengarang terkenal dan penerbit berwibawa melakukannya.

Jika maklumat lanjut diperlukan, maka hubungi saya:




















Zubli Zainordin

COO (Chief Operations Officer)
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Malaysia


Konsultan Projek Khas Nasional

Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,

(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

Merangkap

Timbalan Ketua (Komunikasi)

Bukuonline.org

017 236 0063

zubli.s.ebook@gmail.com

http://bukuonline.net/page.php?4

411 Blok 19, Seksyen 8

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan