Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Jumaat, 27 Mac 2009

JOM! KARANG BUKU SEKARANG BUKAN KARANG KISAH Orang Yang Karang Buku

11. KISAH: Orang Yang Karang Buku

Setiap orang ada kisah tersendiri mengenai karang buku. Ada orang yang sanggup kongsi kisahnya dengan orang lain. Tentulah dalam kisah ini ada sesuatu yang berharga untuk anda yang juga ingin karang buku.

MANFAAT

Dalam bab bertajuk KISAH Orang Yang Karang, ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:

01.

02.

03.

KHAS

Apakah inti yang paling berharga yang perlu anda perolehi

PENGENALAN

Berikut adalah kisah orang yang karang buku sekarang, bukan karang.

ISI

Ini kisah seorang perempuan yang sakit. Setelah menderita beberapa lama, beliau bercadang untuk memulakan blog.

Blog ini membolehkan beliau ceritakan perihal penyakitnya. Di samping itu, melalui blog tersebut beliau dapat manfaatkan rangkaian yakni menjalin hubungan dengan orang lain yang menghidapi penyakit yang sama.

Melalui blog tersebut, orang lain mula berkongsi pengalaman. Dari ke semua pengalaman tersebut beliau nampak corak dan trend, lalu disenaraikannya soalan yang yang perlu dijawab kemudian pergi mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut dan tips kesihatan. Untuk tujuan itu beliau bertemu pakar perubatan.

Apa yang menarik ialah beliau nampak pengalamannya dan orang lain yakni penyakit sebagai topik dalam subjek kesihatan.

Dalam masa yang singkat, beliau telah pun mempunyai bahan untuk dijadikan buku. Walaupun telah ada beberapa buku mengenai subjek yang sama, namun beliau dapat menambah nilai kepada pasaran buku mengenai penyakit tersebut. Buku beliau berjaya menebusi pasaran dengan tawaran nilai yang unik. Beliau mencari sudut yang unik mengenai subjek yang biasa, menjadi luar biasa. Beliau telah berjaya menyampaikan mesej berharga, ketika mana pakar perubatan pun menghadapi kepayahan untuk menerangkan sesuatu penyakit dengan menggunakan bahasa, pendekatan dan penyampaian kepada orang ramai.

Wow!

Kemudian beliau pun pergi untuk mendapat jawapan terhadap soalan yang dikemukakan. Seterusnya hasil daripada jawapan yang diperolehinya, beliau pakejkan menjadi buku.

Setakat ini bukunya mendapat sambutan hangat. Bertimbun surat sokongan terhadap usahanya. Wartawan suratkhabar mula memberi perhatian kepadanya.

Beliau adalah bukti nyata, keikhlasan menyampai yang tidak terkesan ataupun mengesani saingan pasaran.

Jadi anda tidak perlu tunggu diri anda menghidap penyakit, anda boleh menghasilkan buku yang sama hebatnya dengan hobi anda.

Satu lagi idea ialah, sejak dahulu terdapat individu yang bersalaman bila mengadap pembesar negara. Namun dari gadis biasa, dipinang raja. Kini pembesar negara bersalaman bila mengadap suaminya dan dia.

Sebuah buku mengenai individu ini, amat molek sekali diketahui ramai. Atau sebuah buku yang mengkisahkan beberapa individu yang meninggalkan kerjaya untuk naik tahta.

Satu lagi idea ialah indvidu yang menjadi tokoh dengan menyertai pilihanraya. Individu begini mahu kisahnya dibukukan. Manakala orang lain ingin tahu siapa tokoh ini. Di sinilah anda boleh memainkan peranan, menghasilkan buku dalam bentuk biografi tokoh.

SARIPATI

LATIHAN

KESIMPULAN

SERUAN

Petikan

Sudah tiba masanya anda pula menceritakan kisah anda karang buku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan