07. KITA DAN BUKU
Anda tahu siapa diri anda sebenarnya.
Saya pula ingin sedaya-upaya menggalak dan menyokong anda terbitkan buku karya anda ini supaya dijual di pasaran.
Anda barangkali tertanya juga, ”Ini siapa pulak ni yang nak galak dan nak sokong ni? Ada apa-apa ke ni? Ada udang di sebalik mee tidak?”.
Saya adalah seorang daripada komuniti buku yang amat inginkan khazanah negara, dipenuhi buku karya tempatan. Kini di perpustakaan dan di kedai buku, karya tempatan hanyalah 10 %, dan 90 % adalah buku yang diimport. Semakin banyak buku dihasilkan oleh pengarang tempatan adalah lebih baik.
Seseorang pengarang yang mampu karang buku, dia tidak perlukan ini semua. Tanpa kami pun, dia tetap karang buku demi buku. Namun ada di kalangan anda yang berhasrat karang buku, ingin jadi pengarang, tetapi masih belum jadi kenyataan.
Apa juga sebabnya, ”malu”, ”malas”, ”tak kuasa”, ”tak berdaya”, ”buntu”, ”tak tahu cam ner”, ”banyak gangguan”, ”ada halangan”, ”tersekat”, tersangkut”, dan bermacam-macam lagi sebab yang dijadikan alasan untuk tidak mengarang. Maka saya sediakan panduan, dan saya berikan galakan, dan saya sediakan sokongan.
Sekiranya anda perlu, sebuah buku diterbitkan khas untuk tujuan Projek Khas Nasional: Setiap individu karang minima sebuah buku (Tumpuan awal kepada pelajar tingkatan 5 dan 6).
Judul buku:
JOM! Karang Buku Sekarang Bukan Karang
Pengarang:
Zubli Zainordin
Kandungan buku:
01. Kulit Buku Depan
02. PRAKATA: Yang Dahulu Didahulukan
03. SUARA Hati Pengarang
04. KANDUNGAN Buku
05. SEKARANG: Masanya Anda Mulakan
06. ANDA: Sifat Sikap dan Sukses
07. PENGARANG: Teladanilah Yang Terbaik
08. PENGALAMAN: Amali dan Alami Sealam Ilmu
09. CADANGAN: bukuku kubuku
10. HAJAT: Pasak Niat dan Panjat Ke Puncak Matlamat
11. KISAH: Orang Yang Karang
12. PROSES: Garapan Gagasan Ke Gapaian Gemilang
13. ISTILAH: Soalan Ialah Jawapan
14. GAYA: Secalit Pena Sejelas Pengarangnya
15. TEKNOLOGI: Yang Sudah Jadi Mudah
16. BUNTU: Tumpu Persiapan Bantu Tuju Pencapaian
17. SENARAI: Subjek Dihurai Topik Dilerai
18. KEPASTIAN: Judul Mantap Tajuk Mampat
19. FORMAT: Sedap Di mata Puas Di hati
20. MOMENTUM: Kekalkan Minat Kekallah Nikmat
21. SUNTING: Sopan Santun Susila
22. PRUF: Teliti Titian Titipan
23. MANUSKRIP: Bawa Ke Mana Dibawa
24. CETAK: Kualiti dan Kuantiti
25. TERBIT: Apa, Seterusnya Apa
26. UNTUNG: Pendapat Mengenai Pendapatan
27. PASARAN: Sasar Seluasnya Selebarnya
28. PROMOSI: Strategi Melebihi Royalti
29. JUALAN: Beri Manfaat Beli Baca
30. PUISI
31. AKHIR QALAM
32. RUJUKAN
33. BIBLIOGRAFI
34. LAMPIRAN
35. KULIT BELAKANG
Dikatakan tangan yang menyucikan kain, tidak dapat tidak menyucikan tangan.
Sambil ingin pelawa dan karang buku sekarang bukan karang, manuskrip saya ini sudah boleh dijadikan buku.
Anda pula, apa macam?
Sedia untuk karang buku sekarang bukan karang?
Sila hubungi:
Konsultan Projek Khas Nasional
Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)
Merangkap
Timbalan Ketua (Komunikasi)
Bukuonline.org
017 236 0063
http://bukuonline.net/page.php?4
411 Blok 19, Seksyen 8
40000 Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan