18. SENARAI: Subjek Dihurai Topik Dilerai
Seandainya anda nak karang buku. Pastikan subjek buku tersebut anda tahu. Jika tidak, pilihlah subjek yang anda minat nak tahu. Ertinya, subjek yang memang anda berpengetahuan, contohnya fotografi. Atau, anda berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai subjek umpamanya pelancongan.
Subjek mestilah diminati ramai, bukan subjek yang tidak digemari.
Apa yang tersemat di hati, dan tergambar di minda anda, taip dalam komputer, atau tulis di atas kertas. Lagi banyak subjek lebih baik. Nanti dari senarai itu, anda boleh pilih satu dahulu.
Anda juga boleh bertanya orang di sekeliling subjek apa yang mereka suka baca. Dari situ anda boleh pertimbangkan subjek buku anda.
Ada ketikanya anda rasa satu subjek yang memang hebat. Namun orang ramai tidakpun merasakan subjek itu hebat. Di sini, anda sudah dapat gambaran mengenai subjek buku yang anda bakal karang.
Setelah memperoleh subjek buku, anda sudah boleh mula senaraikan tajuk bab.
Contohnya:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan