17. BUNTU: Tumpu Persiapan Bantu Tuju Pencapaian
Petikan Format Buku Yang Hebat Seringkali Menarik Minat Pembaca |
MANFAAT
Dalam bab bertajuk Buntu ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:
01.
02.
03.
KHAS
Apakah inti yang paling berharga nan perlu anda perolehi
PENGENALAN
ISI
Ada pengarang yang terus memulakan karangannya dan maju dari situ. Bila timbul kebuntuan, diatasinya dengan mudah.
Namun adalah lebih molek seandainya pengarang merangka bukunya dengan senarai kandungan yang hebat. Tajuk bab yang hebat. Sedari awal sudah diketahuinya gambaran siap keseluruhan buku yang dikarangnya. Setelah selesai membuat senarai. Kini masanya untuk mengisi tajuk tersebut dengan lancar.
Ketahuilah lebih baik senarai manuskrip disediakan, semakin mudah buku siap, dan semakin pantas tempoh masanya.
Ketika merangka senarai tajuk bab, anda boleh mulakan dengan menaip petikan, kemudian mengembangkan pengisian petikan tersebut. Namun adalah lebih baik sekirnya anda kemukakan soalan. Soalan lebih mudah dijawab.
Adakah di kalangan kita yang berhasrat nak karang buku. Kini sudah berapa tahun, buku tersebut belum lagi dikarang.
Analisalah sebab betul dan salah mengarang buku. Anda perlu jelas motif anda mengarang buku. Motif itulah yang bakal mendorong anda kini untuk mengarang buku tersebut.
Semarakkan impian anda menjadi kenyataan.
Adakah buku tersebut berhak dikarang. Sekiranya tidak dikarang akan rugikah pengarang dan pembaca.
Ketahuilah apa yang menghalang buku tersebut daripada diterbitkan. Lalu ikhtiarlah jalan mengatasi halangan tersebut.
Adakah mungkin buku tersebut boleh diterbitkan juga bila anda bergabung dengan seorang lagi pengarang buku.
Wujudkan perancangan semula buku anda. Ini adalah supaya penerbitannya menjadi lancar.
Dapatkan sokongan orang yang ikhlas turut ingin anda karang buku tersebut, khususnya orang yang berada di bukuonline.org.
Fikirkan apakah opsyen yang ada pada anda untuk memilih dan membuat keputusan supaya karangan anda menjadi manuskrip, kemudian menjadi buku.
Ada ketikanya anda begitu ghairah mengarang. Rasa macam tidak mahu buat apapun melainkan mengarang buku. Di ketika lain, rasa macam nak tidur. Bila tidor rasa malas nak bangun. Sememangnya ada di kalangan kita yang ada putaran tenaga tinggi semangatpun tinggi, tenaga rendah semangatpun rendah.
Seandainya anda ingin menjadi pengarang buku, mulakan dengan satu sistem karangan, yang dalam memecah segala kebuntuan. Malah mampu anda manfaatkan sehingga buku anda terhasil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan