05. SEKARANG: Mulalah Karang Usahlah Karang
Petikan Masa yang terbaik karang buku ialah sekarang. |
MANFAAT
Dalam bab bertajuk Format Buku ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:
01.
02.
03.
KHAS
Apakah inti yang paling berharga nan perlu anda perolehi
PENGENALAN
ISI
Sudah terlambat untuk karang buku. Ramai orang sudah karang buku.
Karang buku bukan perlumbaan dengan sesiapa. Tidak juga larian atau kejaran masa. Rancanglah apa yang ingin dikarang hari ini. Siapkanlah. InsyaAllah, esok karanglah lagi.
Sehari ada 24 jam. Ambillah tempoh untuk karang buku. Selainnya hiduplah seperti biasa dengan pelbagai aktiviti yang menarik, rekreasi, riadah, rehat dan tidur.
Jom! Karang buku sekarang bukan karang.
Minat saya untuk karang buku ini ialah supaya menimbulkan minat anda membacanya kemudian timbul pula minat anda untuk karang buku sendiri. Bila itu terjadi, maka sebenarnya kita sudah pun kongsi kejayaan bersama.
Sekiranya anda sememangnya sudahpun minat untuk karang buku, namun anda belum pun mula lagi. Dengan membaca buku ini, timbul pula dorongan untuk anda karang buku anda sendiri. Itulah hasrat saya karang buku ini untuk cetuskan hasrat anda karang buku sendiri. Itu yang berlaku, maka sebenarnya kita kongsi kejayaan bersama-sama.
Jika buku yang anda hajatkan baru di peringkat manuskrip yang sudah separuh siap. Bila anda baca buku ini, anda tergerak untuk menyempurnakan manuskrip anda itu sehingga menjadi buku. Gerakan itulah yang saya paut untuk karang buku ini, supaya anda bergerak supaya siapkan manuskrip anda sehingga menjadi buku. Bila itu terhasil, maka kita kongsi kejayaan bersama-sama.
Jadi di mana juga anda berada di sepanjang proses karang buku anda, harapan saya, anda izinkanlah buku karangan saya ini menjadi semacam batu loncatan, atau papan anjal, pintu, jambatan, ataupun kenderaan yang boleh anda manfaatkan sehingga idea anda jadi manuskrip, dan manuskrip anda menjadi buku.
Di penghujungnya, anda ada sebuah buku karya anda sendiri yang sudah terbit di pasaran.
Anda tahu di mana anda berada sekarang sehubungan dengan karangan karya anda sendiri, sama ada:
a. Belum Alahai, saya belum mula karang lagi, b. Akan Saya akan mula karang minggu ini, c. Sedang Saya sedang karang bab yang ketiga, d. Buntu Sememangnya saya sudah mula karang, sampai bab kelima buntu, e. Lupakanlah Sudah setahun saya putuskan lupakanlah sahaja karang buku ini, f. Tapi Karangan saya tersekat separuh jalan, tapi saya nak mulakan semula, g. Tinggal lagi Saya sudah mula karang tiga bulan yang lalu, ini tinggal lagi sikit sahaja, maka siaplah, h. Sudah Sudah siap manuskrip, lepas ini nak diterbitkan menjadi buku.
Sama-samalah kita sampai ke peringkat buku karangan anda diterbitkan untuk dijual di pasaran buku.
Sekiranya ada sesuatu yang anda amat ingin sampaikan selama ini kepada penduduk dan rakyat Malaysia, maka inilah masanya untuk anda sampaikan melalui buku karangan anda sendiri.
Pada hari ini adakah anda 10 orang yang sudah bersedia untuk pasak niat, ingin memenuhi hajat karang buku sekarang, bukan karang. Anda ada dorongan dalaman, azam dan iltizam untuk siapkan manuskrip mengikut tempoh yang anda tetapkan. Anda mempunyai kesanggupan dan kesungguhan, “apa jadipun, tetap buku ini diterbitkan, InsyaAllah”.
Mengarang ayat dan menyunting ayat, yang mana lebih mudah? Biasanya adalah mudah untuk menyunting. Namun, apa yang dapat disunting jika manuskrip belum dikarang? Jadi, mengaranglah dahulu. Biar susah sedikit. Mengedit atau menyunting kelak adalah mudah, atau lebih mudah lagi.
Karanglah karya anda sehingga siap apa yang perlu disiapkan. Sekiranya tidak siap, atau belum siap, maka siapkanlah. Sekiranya ingin berehat seketika, maka rehatlah. Kemudian sambung kembali mengarang sehingga siap mengikut sasaran harian. Contoh sasaran harian ialah sehari karang sehelai kertas.
Tabiat mengarang adalah penting. Pada mulanya barangkali anda ingin mengarang hanya 30 minit sehari. Bila anda lakukan setiap hari, pada waktu lapang yang sama, InsyaAllah, lama kelamaan tabiat terbentuk. Kemudian tabiat itu boleh menjadikan anda secara automatik mengarang pada waktu tersebut, dengan jumlah waktu tersebut. Membentuk tabiat mengarang adalah satu disiplin yang mahal harga dan nilainya.
Jadikanlah 30 minit itu sebagai tetap. Maksudnya, anda tetap mengarang pada waktu yang sama, sejumlah waktu yang sama. Kemudian, tambahlah masa. Lakukan dengan peningkatan masa yang selesa. Kelak jika ada sesuatu yang lebih utama hendak dibahui, maka jumlah masa yang sengaja ditambah, akan menjadi sesuatu yang melegakan.
Ada ketikanya sedang anda rancak mengarang, tiba-tiba anda perlukan maklumat. Biasanya, tinggalkan tempat kosong. Teruskan karangan anda. Kelak anda akan ada masa untuk mendapatkan maklumat tersebut.
SARIPATI
LATIHAN
KESIMPULAN
SERUAN
Petikan Sesiapa yang dapat Format Buku yang baik Pasti mendapat pasaran terbaik |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan