23. PRUF: Teliti Titian Titipan
Petikan Format Buku Yang Hebat Seringkali Menarik Minat Pembaca |
MANFAAT
Dalam bab bertajuk Format Buku ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:
01.
02.
03.
KHAS
Apakah inti yang paling berharga nan perlu anda perolehi
PENGENALAN
ISI
Pembacaan pruf ialah membaca dari titik ke titik, dari perkataan ke perkataan, dari ayat ke ayat, dari perenggan ke perenggan, dari bab ke bab, dari bahagian ke bahagian, dan dari kulit ke kulit.
Bila anda mulakan karangan, semoleknya anda taip satu idea satu perenggan.
Namun, sesuatu perenggan yang ditaip belum dapat beralih ke perenggan berikut, seandainya satu idea adalah berangkai dengan satu idea lagi. Jadi bila berkaitan di antara idea itu dan satu lagi idea, maka seeloknya, kekalkan menaip perenggan tersebut, sehingga idea yang baru anda perhatikan sudah boleh dialihkan ke perenggan berikutnya.
Setiap perkataan, penting. Setiap ayat, ada impaknya. Setiap perenggan, mantap. Setiap bab menimbulkan kesan baik. Setiap bahagian tersusun dan teratur dengan kemas. Maka keseluruhan buku, boleh dilaung…hebat!
Sedari awal jadikan diri anda terbuka kepada sebarang kecaman, kritikan, kupasan, kutukan, teguran, ulasan, dan seumpamanya. Terbuka pula kepada sesiapa sahaja. Tidak kiralah yang beri teguran itu orang yang berpengalaman atau tidak. Sama ada yang memberi kecaman itu, kepalanya botak atau jambulnya senget, atau tocangnya toncet...
Anggaplah semua itu sebagai maklumbalas yang baik atau buruk. Tertib atau Teruk. Lihatlah semua itu mengikut perspektif buku anda kelak boleh diperbaiki lagi.
Kemudian, bersetujulah untuk memperbaiki buku anda dengan sepatutnya. Tidak perlu bersetuju, lalu ketepikan yang lainnya sekadar pendapat atau pandangan peribadinya. Seterusnya beranilah mempertahankan sesuatu yang benar, betul, dan tepat, sesuatu fakta dalam kandungan buku anda. Kekal berani walaupun penyunting rasmi buku anda, memilih untuk membentuk kesatuan supaya melanyak pendirian anda.
SARIPATI
LATIHAN
KESIMPULAN
SERUAN
Petikan Sesiapa yang dapat Format Buku yang baik Pasti mendapat pasaran terbaik |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan