06. BAGAIMANA ANDA NAK KARANG BUKU
Setiap sesuatu ada sistemnya. Ada prosesnya. Ada pendekatannya. Ada cara pelaksanaannya. Begitulah juga dengan buku yang anda karang.
Setiap yang dihasilkan oleh manusia berbentuk produk ataupun perkhidmatan, bermula dengan idea.
Pada masa ini, ideanya ialah sebuah buku karangan anda.
Idea hanyalah konsep. Konsep ini, anda hanya dapat lihat, tengok, dan nampak, sesuatu yang berada dalam minda anda sendiri.
Idea tersebut hendaklah dituliskan di atas kertas umpamanya. Ditulis dengan jelas dan terang, barulah orang lain turut dapat lihat, tengok dan nampak idea anda itu.
Idea yang sudah ditulis, disebut idea buku. Idea buku anda itu paling penting sekali menerangkan subjek yang ingin anda pilih untuk buku karya anda.
Kemudian apakah topik yang ingin anda sentuh untuk dijadikan buku.
Seterusnya ada perolehi judul buku. Judul buku ini pada awalnya boleh berbentuk judul kerja. Anda boleh kekalkan sehingga terbit buku, atau anda ubah sehingga tercapai judul buku yang sebenarnya.
Judul buku anda perincikan dengan senarai tajuk bab. Biasanya kandungan sesebuah buku dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian awalan buku, bahagian isi buku, dan bahagian akhiran buku.
Bahagian awalan buku terdiri daripada kulit muka depan, prakata, dan/atau sekapur sireh, dan/atau kata alu-aluan, dari hati pengarang, dan senarai kandungan.
Bahagian akhiran buku terdiri daripada glosari, rujukan, bibliografi, promosi, dan kulit muka belakang.
Bahagian isi buku ialah senarai tajuk bab yang diperincikan sebagai bacaan utama.
Setiap bab buku disertakan senarai soalan, yang anda jawab, berdasarkan jangkaan pertanyaan pembaca.
Biasanya soalan terdiri daripada, ”siapa?”, ”apa?”, ”bila?”, ”di mana?”, ”kenapa?”, dan ”bagaimana?”.
Tambahan ialah variasi pertanyaan yang meliputi, ”Jikalau”, ”Seandainya”, ”Macam mana”, dan seumpamanya.
Seterusnya anda mulakan menjawab soalan dan pertanyaan demikian, dengan perkataan, ayat, perenggan, bab, dan seterusnya bahagian buku, sehingga lengkap.
Apa yang lengkap disebut manuskrip. Manuskrip ini bila dicetak dan diterbitkan, disebut buku.
Sebelum dicetak, manuskrip anda disunting, dan dipruf baca, supaya tepat, betul dan sempurna. Ketika ini, ISBN ataupun International Standard Book Number, diperolehi, dari Perpustakaan Negara Malaysia.
Buku anda bakal melalui pelancaran, pemasaran, promosi, ulasan, kupasan, kritikan, dan jualan.
Sejumlah 5 naskah diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia. Selainnya dihadiahkan ataupun dijual.
Wow!
Buku anda dari idea, kini sudah menjadi kenyataan.
Di sepanjang anda karang buku ini, saya bagi pihak rakan buku di bukuonline.org akan sentiasa memberi galakan dan sokongan.
Di masa akan datang buku anda boleh diterbitkan sebagai edisi kedua. Atau ditokok tambah sebagai versi kedua.
Seandainya anda sudah bersedia untuk karang buku, sila hubungi:
Konsultan Projek Khas Nasional
Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)
Merangkap
Timbalan Ketua (Komunikasi)
Bukuonline.org
017 236 0063
http://bukuonline.net/page.php?4
411 Blok 19, Seksyen 8
40000 Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan