22. SUNTING: Sopan, Santun, Susila
Petikan Format Buku Yang Hebat Seringkali Menarik Minat Pembaca |
MANFAAT
Dalam bab bertajuk Format Buku ini, di antara manfaat yang anda perolehi ialah:
01.
02.
03.
KHAS
Apakah inti yang paling berharga nan perlu anda perolehi
PENGENALAN
ISI
Suntinglah manuskrip anda dengan bersantun.
Mana lebih seronok bila anda berkata:
Saya ingin sangat karang buku. Saya sedang karang sebuah buku. Saya telah karang sebuah buku.
Karang sekarang, dan teruslah karang buku anda. Karang sekarang, bukan karang. Sekarang, bukan, nanti karang-karanglah.
Sehari karang selembar kertas, lama-lama dihimpunlah menjadi manuskrip. Bila manuskrip dijilid kelak, maka jadilah buku. Aduhai syoknya.
Itulah yang kita hajatkan bersama.
Ketahuilah bahawa karang buku semoleknya adalah semacam satu perbualan di antara anda sebagai pengarang buku dengan dia sebagai pembaca buku. Faham tidak?
Baiklah sebelum manuskrip menjadi buku, tibalah masanya anda melakukan suntingan. Suntingan yang bersantun. Penuh tertib dan beradab.
Suntingan hanya berlaku bila manuskrip sudah siap. Selagi manuskrip belum siap, selagi itulah suntingan belum dapat dilakukan sepenuhnya.
Suntingan sebenarnya bermula dengan anda sejak anda mula mengarang.
Jadi amalkanlah menaip tanpa kesilapan. Semoleknya anda peka akan kesilapan ejaan yang telah berlaku semasa anda sedang menaip ayat sesuatu bab manuskrip anda.
Ertinya sambil menaip, sama ada laju atau perlahan, betulkan ejaan. Namun selepas pembetulan ejaan telah pun dibuat, diharapkan anda teruskan karangan buku anda itu.
Tetapi! Sekiranya idea mencurah. Alirannya macam air terjun ibaratnya, maka lupakan sebarang kesilapan ejaan. Jika ada keslipan ekaan, karanglah terus. Ini adalah kerana, kelak sememangnya ada masa dan ketikanya anda akan baca pruf, melakukan suntingan, dan semakan.
Maka keslipan ekaan boleh dibetulkan menjadi kesilapan ejaan. OK?
Lagipun tidak molek anda menaip dan membetul ejaan, menaip lagi dan membetul ejaan. Asyik-asyik betul ejaan, bila nak siap manuskrip anda ya tidak?
Tambahan pula tiada siapa yang boleh membaca manuskrip anda selagi anda belum berpuas hati bahawa manuskrip anda betul dan bebas daripada sebarang kesilapan.
Usah khuatir perihal kesempurnaan manuskrip anda, sebab akhirnya manuskrip anda sempurna juga. Jika pun tidak, anda masih berpeluang mencapai kesempurnaannya dalam edisi berikutnya atau versi seterusnya.
Kekhuatiran ini tidak diperlukan, kerana apa yang kita sama-sama tidak mahu terjadi ialah anda asyik nak sempurnakan karangan anda, maka setahun berlalu anda masih menyempurnakan bab kedua. Jenuh dek! Kan, bang...akak?
Suntingan buku ialah bersantun. Maksudnya, tatkala anda sedang melakukan suntingan buku, hormatlah diri anda sebagai pengarang dan hargailah hasil karya anda sendiri.
Peranan anda sebagai penyunting ialah meneliti sama ada telah berlaku kesilapan dalam karya anda, dan renungkan apa lagi kebaikan yang boleh anda tambah pada manuskrip anda itu dari aspek kualiti dan kuantiti.
Tentulah ada strategi untuk sunting manuskrip anda, dengan efisyen dan efektif.
Tujuan suntingan ialah supaya naskah manuskrip dan keadaannya sekarang, disunting supaya kelihatan lebih baik untuk dibaca.
Setiap penyunting berhadapan berbagai kekangan, halangan, rintangan yang tersendiri. Penyunting seperti orang lain turut dihimpit masalah, berhadapan dengan cabaran, dan ingin memenuhi hajatnya sampai ke puncak kejayaan sebagai Pengarang Buku.
Ingatlah suntingan sepenuhnya berlaku hanya bila manuskrip sudah pun siap.
Siapkan manuskrip dahulu. Kemudian barulah edit.
Terdapat dua pendekatan suntingan. Pertama: naskah dalam bentuk elektronik dicetak ke atas kertas terlebih dahulu, kemudian barulah diedit. Kedua ialah pilih font yang berbeza dan pilih warna yang berbeza, lalu sunting teks terus kepada elektronik.
Beginilah caranya, yang biasa dilakukan oleh penyunting.
Suntingan yang santun ialah menyunting ayat menjadi lebih padat.
Barulah terangkat buku karangan anda.
SARIPATI
LATIHAN
KESIMPULAN
SERUAN
Petikan Sesiapa yang dapat Format Buku yang baik Pasti mendapat pasaran terbaik |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan