03. BILA ANDA NAK KARANG BUKU
Bilakah masanya buku karya anda ini, anda mula mengarangnya. Bilakah waktunya buku karya anda ini, anda tetapkan untuk dikarang.
Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang.
Lihatlah jam dan tengoklah kalender. Lalu tetapkan masa dan tempoh anda karang buku yang terbaik karya anda ini.
Tidak boleh ditangguhkan lagi. Sudah tiba masa dan ketikanya buku anda mula dikarang.
Ketetapan masa dibuat sekarang. Detik inilah masanya anda mula karang perkataan yang pertama, perenggan yang pertama, bab yang pertama, bahagian yang pertama, dan ya...buku pertama dalam sejarah kehidupan anda.
Tempoh masa turut anda tetapkan. Sehari karang selembar kertas, lama kelamaan siaplah juga buku anda. Anda tetapkan jam 9 pagi hingga 11 pagi, atau 9 malam hingga 11 malam, setiap hari tempoh masa anda karang buku ini.
Seandainya anda karang secara konsisten, maka dijangkakan dalam tempoh masa 3 bulan siaplah buku anda. Siap untuk dicetak dan diterbitkan.
Setiap masa dalam tempoh yang ditetapkan, anda sentiasa karang buku anda. Setiap detik anda dapat saksikan kemajuan buku anda.
Wow!
Tidak kira berapa usia anda sekarang, 3 bulan di tahun ini, manuskrip telah siap anda karang. Seterusnya di tahun ini juga manuskrip karya anda dicetak dan diterbitkan.
Bila buku anda siap diterbitkan, seterusnya masa untuk buku anda dilancarkan bakal ditetapkan.
Seandainya sekarang adalah masa dan ketikanya anda sudah bersedia untuk karang buku, sila hubungi:
Konsultan Projek Khas Nasional
Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)
Merangkap
Timbalan Ketua (Komunikasi)
Bukuonline.org
017 236 0063
http://bukuonline.net/page.php?4
411 Blok 19, Seksyen 8
40000 Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan