Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Jumaat, 10 April 2009

Zubli Zainordin ~ Pentingnya Pengkalan Data Pembeli dan Pembaca Buku Nasional

Saya melihat terdapat sejumlah gerak usaha dilangsungkan supaya individu di Malaysia yang boleh membaca, tetapi tidak membaca, maka dipupuk supaya minat membaca buku.

Selain itu, terdapat pula pelbagai galakan supaya wujud dan bertambah segolongan yang membeli buku. Ya, selain buku teks.

Seperti ramai, pada jam 3 petang tadi, saya turut mahu mengetahui siapakah telah tersenarai dalam kabinet jemaah menteri kerajaan pusat Barisan Nasional.

Maka saya pun teliti senarai tersebut untuk mencongak apakah ada pemimpin dan kepemimpinan dalam kabinet itu bakal mengutamakan buku. Paling tidak satu dari 100 fikir, untuk memajukan industri buku di Malaysia.

Terutama berkaitan dengan usaha peringkat kebangsaan, supaya berlaku pertambahan bilangan rakyat Malaysia yang membaca buku. Serta, pertambahan bilangan mereka berkemampuan membeli buku.

Jika senarai dalam kabinet ini pun tidak membeli buku, tidak membaca buku, tiada fokus buku, maka peranan tersebut moleklah dibahui Teraju Industri Buku Malaysia, di luar Kabinet tersebut, agar ada kepedulian berterusan mengutamakan buku secara total, terus maju.

Dengan demikian, dirasakan perlu ada satu pengkalan data siapa pembeli dan pembaca buku.

Pakalan Data ini, hendaklah diusahakan satu organisasi bukan kerajaan, yang berwibawa. Contohnya, Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Satu usaha boleh dimulakan, dengan mereka yang membaca didaftar untuk menyertai komuniti buku. BukuOnLine.Org, boleh lebar luaskan peranan dan gerak usaha ini.

Seterusnya, insentif diberikan kepada pembeli buku. Barangkali baucer diberikan supaya pada 2010, mereka ini membeli sejumlah buku dan mendapat 1 buku percuma. Atau seumpama itu namun lebih mengganjari lagi.

Semua ini boleh diperhalusi lagi, supaya faedah dan manfaat besar diberikan kepada mereka yang boleh membaca buku lantaran sememangnya membaca buku. Seterusnya, mereka yang membeli buku, sememangnya membeli buku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan