Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Khamis, 2 April 2009

Suara Sambungan 4 Pengarang Buku & Konsultan Projek Khas Nasional ~ Zubli Zainordin

03. Buku Ini

Saya telah memilih untuk mengarang buku ini ”Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang”

“Jom!” ialah perkataan yang mudah digantikan dengan ”Moh”, “Mari”, atau “Silakan”. Saya pilih “Jom!” sebab ia popular di kalangan orang yang sebaya dengan anda.

Penggunaannya luas, dan disemarakkan lagi oleh televisyen. Ramai yang faham bila sesiapa kata “Jom!”. Jadi, saya gunakanlah “Jom!”, sebagai tajuk buku ini.

“Karang” ialah perbuatan mengarang. Saya rasa “karang” lebih molek daripada “Tulis”, sebab rata-rata sekarang kita menaip menggunakan komputer. Jarang, menulis buku, maka bukan Penulis Buku, malah Pengarang Buku.

“Karang” boleh juga bermaksud, “Sekejap lagi”, atau “sebentar lagi”, atau “esok-esoklah”. Jadi, “Karang” digunakan dalam konteks buku ini. Ya...buku yang kandung dorongan supaya anda hasilkan buku dengan segera. Tak boleh bertangguh dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

“Buku”, sifatnya berketul. Sebab itulah, penjodoh bilangan untuk sabun, ialah sebuku sabun. Dengan pengecualian tertentu dan khusus, buku, walau apapun ukurannya, besar atau kecil, ialah empat segi tak sama.

Biasanya buku adalah helaian kertas yang dijilid.

Buku adalah produk cetakan yang mempunyai awalan lazim, susunan bab, dan akhiran lazim.

Awalan lazim ialah kulit muka depan, keterangan buku meliputi hakcipta dan ISBN, kemudian Kata Pengantar, Prakata, Sekapur Sireh, dan Kandungan.

Akhiran lazim ialah, Bibliografi dan Indeks, serta kulit buku.

Saya berazam buku ini menjadi satu kenyataan, dan saya sanggup dengan bersungguh-sungguh supaya projek ini mencapai kejayaan.

Saya melantik diri saya sebagai pengarang buku ini, dan saya juga melantik diri saya sebagai konsultan projek ini.

Semua menteri berkenaan, pegawai kerajaan, naib cansellor, pengetua, guru besar, pendidik, atau pelajar, boleh menyertai projek ini.

Syaratnya mudah, anda dikehendaki mendaftar sebagai ahli e-Komuniti bukuonline.org. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Anda boleh lakukan secara talian terbuka, mahupun talian tertutup.

Nama buku: Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang.

Nama Projek: Setiap Pelajar Hasilkan Minima Sebuah Buku.

Tarikh Mula: Sekarang.

Untuk Keterangan Lanjut, hubungi:

Zubli Zainordin

Zubli.s.ebook@gmail.com

017 236 0063

Begitulah serba sedikit penjelasan apa sebenarnya motif saya, perihal Projek Khas Nasional, dan Buku ini.

Anda!

Sudah bersedia?

Baiklah, jom kita mulakan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan