Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Khamis, 16 April 2009

Zubli Zainordin ~ Malaysia Perlu Ada 3000 Editor Buku Hebat

Setelah mencogak keperluan peruntukan RM 300 Juta disuntik ke dalam industri buku Malaysia. Ini adalah supaya terhasil paling kurang 27,000 judul buku setahun. Meliputi Mahakarya, Buku Ilmiah, Buku Umum, Buku Kanak-kanak, dan lain-lain pengisian lagi. Dengan raihan niaga berjumlah RM 1 Billion. Malaysia perlu ada 3,000 Editor Buku hebat.

Masanya sudah tiba untuk penambahan dan peningkatan Editor Buku sedia ada, supaya ternama dan masyhur di negara ini.

Ruang kini terbuka luas untuk Editor Buku meningkat cemerlang melalui latihan profesional. Tambahan pula, perlu ada gerakan memantapkan kerjaya ini dengan kemasukan Editor Buku baru. Kesemuanya dimajukan supaya hebat. Ternama dan masyhur.

Inilah gerakan pencetusan Teraju Buku di Malaysia. Melalui tapak Yayasan Pembangunan Buku Negara, telah disemarakkan usaha Akademi Buku Malaysia.

Terkini, Bengkel Untuk Editor Penulisan Buku Ilmiah Malaysia sedang dilangsungkan sekarang bermula di Kuala Lumpur, dan akan berterusan ke lain-lain negeri.

Setiap Editor Buku, ingin dimantapkan dalam proses dari manuskrip ke naskah sedia cetak. Keseluruhannya memerlukan kemahiran seni tukangan yang halus, berseni, dan menjadikan hasil yang paling memuaskan, memenuhi standard yang telah ditentukan dalam industri buku Malaysia.

Peluang terbuka untuk anda, seandainya berminat mengisi setiap ruang dalam perlangsungan agenda murni ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan