Alu-aluan

Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.

Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.

Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.

Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.

Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...

Selasa, 7 April 2009

Malaysia Maju Ditanda-araskan Penerbitan 27,000 Judul Buku Am Setahun!

KUALA LUMPUR 6 April - Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku umum setahun untuk menjadi negara maju berilmu setaraf negara maju yang lain, kata Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Hasan Hamzah.

Berdasarkan pengamatan mengenai penerbitan buku, beliau berkata, penerbitan buku di Jepun, Korea Selatan, Denmark, Sweden, Jerman dan negara-negara maju lain, dilakukan pada nisbah 1,000 judul buku untuk satu juta penduduk.

''Untuk itu, secara nisbahnya, Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku untuk 27 juta penduduknya dalam setahun,'' katanya di sini.

Bagi menerbitkan 27,000 judul buku, katanya, peruntukan kira-kira RM300 juta diperlukan untuk membantu penerbit buku meningkatkan penghasilan dan penjualan buku umum.

Hasan berkata, Malaysia kini menerbitkan 10,000 judul buku sahaja setahun dan jumlah itu masih jauh dari sasaran untuk mencapai taraf negara maju berilmu.

Katanya, majoriti buku yang terdapat di Malaysia adalah diimport walaupun memiliki ramai cendekiawan tempatan yang mampu menghasilkan buku umum seperti kira-kira 350,000 golongan pendidik dan lebih 40,000 pensyarah atau profesor.

''Masyarakat kita sebenarnya sukakan ilmu dan bacaan tetapi buku yang dijual adalah terlalu mahal.

''Pada perkiraan saya, untuk menjual buku dengan harga murah, sesebuah judul buku itu harus dicetak dengan permintaan sekurang-kurangnya 3,000 naskhah setahun,'' katanya.

Hasan berkata, permintaan terhadap buku-buku umum akan meningkat dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan peruntukan khusus untuk penerbitan buku-buku bacaan umum.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan