Di Malaysia saya kenali ramai individu yang punyai idea bernas. Setiap mereka sanggup tumpu masa, wang, dan tenaga untuk membuat penyelidikan. Kemudian menghasilkan kertas cadangan yang terbaik.
Selepas itu, bertahun lamanya individu ini tidak pernah lagi menulis kertas cadangan, walaupun ideanya mencurah banyak.
Kenapa begitu?
Khabarnya kertas cadangan awalnya itu, ialah satu projek memerlukan modal RM 1 Juta, dan pulangan berpanjangan RM 5 Juta, usulnya itu telah ditolak individu, atau pihak tertentu sebuah kementerian kerajaan.
Walaupun ditolak, peleknya, projek itu kemudiannya diteruskan sebiji macam apa yang diusulkannya terdahulu. Namun oleh orang lain kecap nikmat perolehan.
Kemudian didapatinya pelaksana projek itu ialah kalangan orang yang rapat dengan si penolak kertas cadangannya itu.
Apa yang bertukar ialah kulit muka depan kertas cadangannya itu, dan nama syarikat. Selainnya, hampir sama.
Berapa ramai pencetus idea dari kalangan Rakyat Malaysia yang terkena begini? Berapa ramai Alumni Mass Comm yang terkena begini? Berapa ramai pengarang buku yang terkena begini?
Mohd Najib Abdul Razak, betulkah individu yang teraniaya begini, boleh membuat laporan, perihal KPI sesebuah kementerian? Si Penolak itu dihukum, dan si individu teraniaya dikembalikan projek dari usul dalam kertas cadangannya.
Ini adalah supaya individu itu melahirkan lagi idea bernas. 2 atau 100 idea baru, demi memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.
Sebentar tadi ada rakan nak cadang sebuah buku, boleh dapat RM 100,000 atau lebih, dari peruntukan kerajaan.
Seorang rakan pula kata, "Tak usahlah, buat penat sahaja. Awak serahkan kertas cadangan itu, tahu-tahu, nanti ada orang yang hijack kertas cadangan itu!"
Bilakah amalan buruk ini akan berakhir?
Kisah Kasih
10 tahun yang lalu
Salam sejahtera, sedih mendengar rintihan saudara, orang macam ini pun ada dalam dunia ini? Am peh, tak tahu malu langsung...
BalasPadam