Selamat Datang ke Blog ini.
Blog Pejabat Maya KPO YPBN.
Ketua Pegawai Operasi,
Yayasan Pembangunan Buku Negara.
Dari sini, saya meninjau Industri Buku Malaysia.
Selain itu, saya melihat perkembangan Industri Buku Global.
Di sini juga, saya membuka peluang kepada anda untuk memperolehi peluang untuk sumbangan dan khidmat mengikut minat, kelayakan dan kelebihan anda.
Jika membaca perentah-Nya. Membaca Sepanjang Hayat, tentulah perjuangan kita luas, dalam, dan ruang cakupan yang tidak akan selesai sewaktu di sini.
Pun begitu, di Blog ini ialah dari saya, walaupun sedikit...
Rabu, 29 April 2009
Siapkan Kertas Cadangan Buku
Jika anda tiada perancangan untuk menerbitkan buku sendiri, dan ingin buku karangan anda diterbitkan penerbit yang terkenal di pasaran buku, maka anda sebaiknya menyiapkan cadangan buku.
Cadangan buku ialah kertas di antara 5 hingga 10 mukasurat yang mengandung butiran perihal penerbitan buku karangan anda. Butiran disenaraikan poin demi poin, selengkapnya.
Dikatakan cadangan buku ialah tiket kepada penerimaan buku anda supaya diterbitkan. Seringkali cadangan buku disiapkan dahulu sebelum buku dikarang. Cadangan buku ini diserahkan kepada penerbit buku untuk mendapatkan kelulusan.
Ramai pengarang pertama kali tidak tahu menahu perihal cadangan buku ini. Ada yang merasa berat dan keberatan menyiapkannya. Walaupun keberatan, namun menyiapkan cadangan buku sebenarnya menyeronokan. Cadangan buku ialah gambaran awal, semacam peta, langkah seterusnya bakal anda lalui dalam proses mengarang buku.
Bila seseorang pengarang buku bertemu dengan penerbit buku, diberitahu perihal buku yang bakal dikarangnya. Apa yang diberitahu itu, dan soal jawab di antara keduanya, itulah yang dimuatkan dalam cadangan buku.
Penerbit buku kemudian akan memikirkan moleknya buku karangan anda diterbitkan oleh syarikat atau organisasinya.
Penerbit buku biasanya selesa dengan penerbitan buku pengarang ternama. Namun, akan tiba masanya penerbit buku mahu menerbitkan buku pengarang baru. Inilah peluang anda. Jadi, bersedialah untuk menempa nama di pasaran buku.
Terdapat individu, pihak, dan organisasi tertentu mengambil upah untuk menyiapkan cadangan buku bagi pihak pengarang buku. Peranan mereka penting dan molek dihargai. Perkhidmatan mereka ialah dengan kos sewajarnya. Sebagai pengarang baru anda boleh mengikat janji bahawa khidmat dibayar dari hasil jualan buku kelak.
Mereka akan membuat perancangan teliti, mengarang cadangan buku bagi pihak anda supaya penerbit sanggup menerbitkannya.
Jika bukan mereka, maka hadirilah ceramah pakar, dan anda akan diberitahu bagaimana menyiapkan cadangan buku. Biasanya pihak penerbit sudahpun ada garis panduan, dan anda isikanlah maklumat perihal buku karangan anda mengikut garis panduan itu.
Jualan buku karangan anda ialah jualan kepada penerbit buku melalui cadangan buku.
Penerbit buku faham akan kebarangkalian sesebuah buku akan laris jualannya di pasaran. Sebaiknya anda juga tahu dan faham yang demikian itu.
Namun jika cadangan buku anda ditolak, temuilah lain-lain penerbit buku. Pastikan anda temui penerbit buku yang dapat menerima buku cadangan anda.
Biasanya garis panduan memuatkan keperluan butiran berikut:
01. Anda sebagai pengarang buku ini.
02. Keistimewaan buku bakal anda karangi.
03. Kandungan buku bakal anda karangi dan penjelasan bab.
04. Sampel satu bab buku bakal anda karangi.
05. Buku seumpama di pasaran.
06. Pesaing buku, pengarang, dan penerbit.
07. Kegiatan promosi buku bakal anda karangi.
Anda boleh jawab semua itu?
Khamis, 16 April 2009
Zubli Zainordin ~ Malaysia Perlu Ada 3000 Editor Buku Hebat
Masanya sudah tiba untuk penambahan dan peningkatan Editor Buku sedia ada, supaya ternama dan masyhur di negara ini.
Ruang kini terbuka luas untuk Editor Buku meningkat cemerlang melalui latihan profesional. Tambahan pula, perlu ada gerakan memantapkan kerjaya ini dengan kemasukan Editor Buku baru. Kesemuanya dimajukan supaya hebat. Ternama dan masyhur.
Inilah gerakan pencetusan Teraju Buku di Malaysia. Melalui tapak Yayasan Pembangunan Buku Negara, telah disemarakkan usaha Akademi Buku Malaysia.
Terkini, Bengkel Untuk Editor Penulisan Buku Ilmiah Malaysia sedang dilangsungkan sekarang bermula di Kuala Lumpur, dan akan berterusan ke lain-lain negeri.
Setiap Editor Buku, ingin dimantapkan dalam proses dari manuskrip ke naskah sedia cetak. Keseluruhannya memerlukan kemahiran seni tukangan yang halus, berseni, dan menjadikan hasil yang paling memuaskan, memenuhi standard yang telah ditentukan dalam industri buku Malaysia.
Peluang terbuka untuk anda, seandainya berminat mengisi setiap ruang dalam perlangsungan agenda murni ini.
Isnin, 13 April 2009
Sejarah ~ Kembali Merenung Buku
Sejarah Buku
Buku ialah satu daripada bentuk media
Buku mengandung maklumat untuk pengetahuan disusun sejak zaman purba, sebahagian daripada budaya manusia.
Terdahulu kebijaksanaan disampaikan dari generasi ke generasi dalam bentuk buku.
Dari beberapa lembar kertas bertulis, ditambah dan kemudian dijilid menjadi buku.
Dalam bentuk yang sama, namun sebutan yang lain ialah Scripture atau Kitab turut mengikut jejak penyaluran maklumat dari dahulu sehingga sekarang.
Pembaca buku, sering dikatakan insan berpengetahuan.
Teraju Dan Trend Dalam Industri Buku
Dari, trend industri buku di Malaysia, hinggalah trend industri buku peringkat global. Maka, warna-warni Alam Buku, pandangan totalnya.
Teraju Industri Buku melihat gerak pemimpin di dunia. Apa mereka lakukan demi menyuburkan industri buku ini.
Seterusnya, memahami pergerakan pengusaha di industri buku, yang mencetuskan pergerakan lanjut di kalangan penerbit, pencetak, senikraf buku, pemborong, peruncit, pekedai, persatuan, yayasan, dan semua yang turut serta dalam penghasilan buku tahunan, yang langsung menambah nilai kepada khazanah pengetahuan manusia.
Kemudian dilihatnya aktiviti buku, meliputi pelbagai kempen, pameran, ekspo, dan galakan yang mengoperasikan jual-beli buku, dalam rangka dagangan lebih besar lagi.
Teknologi seringkali menjadi minatnya, bagaimana buku secara tradisi, telah mula alami anjakan paradigma, dan memberi tafsiran baru kepada takrif buku. Buku baru, buku diratah secara baru, sama ada dibaca melalui gadget baru, inovasi terkini yang membolehkan buku didengar, dan seumpamanya lagi.
Dengan melihat trend ini, Teraju Industri Buku tahu, apa langkah seterusnya, supaya buku terus subur sebahagian daripada keperluan kehidupan manusia, ke arah mengisi satu tamadun tertinggi.
Bahan Berkaitan Bacaan Lanjut:
Hasri Hasan ~
5 trend penerbitan buku antarabangsa
trend 2: revolusi cetak-ikut-permintaan (p.o.d)
trend 3: penerbitan elektronik
trend 4: penerbitan dan penjualan buku dalam talian (online)
trend 5: kedai buku 'megastore' dan kedai berangkai
Google Book Search
Ahad, 12 April 2009
Siapa Di Kementerian Mana Hijack Proposal Saya?
Selepas itu, bertahun lamanya individu ini tidak pernah lagi menulis kertas cadangan, walaupun ideanya mencurah banyak.
Kenapa begitu?
Khabarnya kertas cadangan awalnya itu, ialah satu projek memerlukan modal RM 1 Juta, dan pulangan berpanjangan RM 5 Juta, usulnya itu telah ditolak individu, atau pihak tertentu sebuah kementerian kerajaan.
Walaupun ditolak, peleknya, projek itu kemudiannya diteruskan sebiji macam apa yang diusulkannya terdahulu. Namun oleh orang lain kecap nikmat perolehan.
Kemudian didapatinya pelaksana projek itu ialah kalangan orang yang rapat dengan si penolak kertas cadangannya itu.
Apa yang bertukar ialah kulit muka depan kertas cadangannya itu, dan nama syarikat. Selainnya, hampir sama.
Berapa ramai pencetus idea dari kalangan Rakyat Malaysia yang terkena begini? Berapa ramai Alumni Mass Comm yang terkena begini? Berapa ramai pengarang buku yang terkena begini?
Mohd Najib Abdul Razak, betulkah individu yang teraniaya begini, boleh membuat laporan, perihal KPI sesebuah kementerian? Si Penolak itu dihukum, dan si individu teraniaya dikembalikan projek dari usul dalam kertas cadangannya.
Ini adalah supaya individu itu melahirkan lagi idea bernas. 2 atau 100 idea baru, demi memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.
Sebentar tadi ada rakan nak cadang sebuah buku, boleh dapat RM 100,000 atau lebih, dari peruntukan kerajaan.
Seorang rakan pula kata, "Tak usahlah, buat penat sahaja. Awak serahkan kertas cadangan itu, tahu-tahu, nanti ada orang yang hijack kertas cadangan itu!"
Bilakah amalan buruk ini akan berakhir?
Sabtu, 11 April 2009
Jumaat, 10 April 2009
Zubli Zainordin ~ Pentingnya Pengkalan Data Pembeli dan Pembaca Buku Nasional
Selain itu, terdapat pula pelbagai galakan supaya wujud dan bertambah segolongan yang membeli buku. Ya, selain buku teks.
Seperti ramai, pada jam 3 petang tadi, saya turut mahu mengetahui siapakah telah tersenarai dalam kabinet jemaah menteri kerajaan pusat Barisan Nasional.
Maka saya pun teliti senarai tersebut untuk mencongak apakah ada pemimpin dan kepemimpinan dalam kabinet itu bakal mengutamakan buku. Paling tidak satu dari 100 fikir, untuk memajukan industri buku di Malaysia.
Terutama berkaitan dengan usaha peringkat kebangsaan, supaya berlaku pertambahan bilangan rakyat Malaysia yang membaca buku. Serta, pertambahan bilangan mereka berkemampuan membeli buku.
Jika senarai dalam kabinet ini pun tidak membeli buku, tidak membaca buku, tiada fokus buku, maka peranan tersebut moleklah dibahui Teraju Industri Buku Malaysia, di luar Kabinet tersebut, agar ada kepedulian berterusan mengutamakan buku secara total, terus maju.
Dengan demikian, dirasakan perlu ada satu pengkalan data siapa pembeli dan pembaca buku.
Pakalan Data ini, hendaklah diusahakan satu organisasi bukan kerajaan, yang berwibawa. Contohnya, Yayasan Pembangunan Buku Negara.
Satu usaha boleh dimulakan, dengan mereka yang membaca didaftar untuk menyertai komuniti buku. BukuOnLine.Org, boleh lebar luaskan peranan dan gerak usaha ini.
Seterusnya, insentif diberikan kepada pembeli buku. Barangkali baucer diberikan supaya pada 2010, mereka ini membeli sejumlah buku dan mendapat 1 buku percuma. Atau seumpama itu namun lebih mengganjari lagi.
Semua ini boleh diperhalusi lagi, supaya faedah dan manfaat besar diberikan kepada mereka yang boleh membaca buku lantaran sememangnya membaca buku. Seterusnya, mereka yang membeli buku, sememangnya membeli buku.
Selasa, 7 April 2009
Malaysia Maju Ditanda-araskan Penerbitan 27,000 Judul Buku Am Setahun!
Berdasarkan pengamatan mengenai penerbitan buku, beliau berkata, penerbitan buku di Jepun, Korea Selatan, Denmark, Sweden, Jerman dan negara-negara maju lain, dilakukan pada nisbah 1,000 judul buku untuk satu juta penduduk.
''Untuk itu, secara nisbahnya, Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku untuk 27 juta penduduknya dalam setahun,'' katanya di sini.
Bagi menerbitkan 27,000 judul buku, katanya, peruntukan kira-kira RM300 juta diperlukan untuk membantu penerbit buku meningkatkan penghasilan dan penjualan buku umum.
Hasan berkata, Malaysia kini menerbitkan 10,000 judul buku sahaja setahun dan jumlah itu masih jauh dari sasaran untuk mencapai taraf negara maju berilmu.
Katanya, majoriti buku yang terdapat di Malaysia adalah diimport walaupun memiliki ramai cendekiawan tempatan yang mampu menghasilkan buku umum seperti kira-kira 350,000 golongan pendidik dan lebih 40,000 pensyarah atau profesor.
''Masyarakat kita sebenarnya sukakan ilmu dan bacaan tetapi buku yang dijual adalah terlalu mahal.
''Pada perkiraan saya, untuk menjual buku dengan harga murah, sesebuah judul buku itu harus dicetak dengan permintaan sekurang-kurangnya 3,000 naskhah setahun,'' katanya.
Hasan berkata, permintaan terhadap buku-buku umum akan meningkat dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan peruntukan khusus untuk penerbitan buku-buku bacaan umum.
- BERNAMA
Isnin, 6 April 2009
Nota Bahagian Pertama Bengkel Untuk Editor Penulisan Buku Ilmiah
LAMPIRAN, RUJUKAN, BIBLIOGRAFI, INDEKS, GLOSARI
~ BAHAGIAN BELAKANG BUKU ILMIAH
Oleh: Zubli Zainordin
01. PEMBEZA
Dua tanda
sebuah buku ilmiah, buku teks, atau buku professional,
berbeza dengan kebanyakan buku yang didagangkan, ialah
bibliografi, dan indeks.
Jangan Pandang Belakang. Itu filem. http://en.wikipedia.org/wiki/Jangan_Pandang_Belakang
Namun, bibliografi, dan indeks, sebahagian daripada bahagian belakang, ialah kriteria pembezanya sesebuah buku ilmiah, dengan lain-lain buku.
02. RINGKASAN SEBUTAN TAJUK SESSI BENGKEL
Tajuk sessi bengkel ini ialah Lampiran, Rujukan, Bibliografi, Indeks, Glosari
~ Bahagian Belakang Buku Ilmiah.
Secara khusus, akan disebut satu per satu. Namun, secara keseluruhannya, maka dipersetujui dengan hanya menyebut Bahagian Belakang.
03. STRUKTUR BUKU
Untuk memahami Bahagian Belakang, lihat terlebih dahulu, struktur buku seperti berikut:
Rekaan Buku
Penting diketahui ialah terdapat 3 bahagian utama struktur buku:
01. Bahagian Depan,
02. Bahagian Isi, dan
03. Bahagian Belakang.
04. TUMPUAN
Tumpuan kita kali ini ialah bahagian belakang. Bahagian yang menandakan pembeza bahawa ini ialah buku ilmiah.
05 KOMPONEN
Bahagian Belakang lazimnya terdiri daripada:
Lampiran
Glossari
Indeks
Rujukan
Bibliografi
Zubli Zainordin ~ Sibuk Siapkan Nota Bengkel Untuk Editor Tangani Teks Sarjana
Soalnya, berapa sasaran seorang sarjana di Malaysia? Berapa pula sasaran setiap Universiti - Awam dan Swasta?
Itu lah cabarannya.
Sebab itulah, satu bengkel khas sedang diusahakan untuk meramaikan Author Buku Ilmiah. Sekaligus menambah naskah kesarjanaan di Malaysia.
Tuntutan keterajuan dalam industri buku di Malaysia supaya menjadikan impian ini suatu realiti.
InsyaAllah, saya telah diberikan tugas untuk kendali sessi bengkel keperihalan Bahagian Belakang Buku Ilmiah. Meliputi Lampiran, Rujukan, Bibliografi, Indeks, dan Glosari.
Siap!
Sabtu, 4 April 2009
Zubli Zainordin ~ Teraju Industri Buku Tapak Semarak Lain-lain Industri
Itu yang saya pelajari petang ini.
Setelah bertemu 6 sahabat lama di ITM dulu. Kini UiTM.
Selama 2 jam solid cambah fikiran, Teraju Industri Buku Malaysia akan meletakkan industri ini sebagai tapak semarak lain-lain idustri di Malaysia.
InsyaAllah, kami mulai dengan industri kereta nasional, dan industri Ayam Serama.
Wow!
Khamis, 2 April 2009
Suara Sambungan 4 Pengarang Buku & Konsultan Projek Khas Nasional ~ Zubli Zainordin
03. Buku Ini
Saya telah memilih untuk mengarang buku ini ”Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang”
“Jom!” ialah perkataan yang mudah digantikan dengan ”Moh”, “Mari”, atau “Silakan”. Saya pilih “Jom!” sebab ia popular di kalangan orang yang sebaya dengan anda.
Penggunaannya luas, dan disemarakkan lagi oleh televisyen. Ramai yang faham bila sesiapa kata “Jom!”. Jadi, saya gunakanlah “Jom!”, sebagai tajuk buku ini.
“Karang” ialah perbuatan mengarang. Saya rasa “karang” lebih molek daripada “Tulis”, sebab rata-rata sekarang kita menaip menggunakan komputer. Jarang, menulis buku, maka bukan Penulis Buku, malah Pengarang Buku.
“Karang” boleh juga bermaksud, “Sekejap lagi”, atau “sebentar lagi”, atau “esok-esoklah”. Jadi, “Karang” digunakan dalam konteks buku ini. Ya...buku yang kandung dorongan supaya anda hasilkan buku dengan segera. Tak boleh bertangguh dan tidak boleh ditangguhkan lagi.
“Buku”, sifatnya berketul. Sebab itulah, penjodoh bilangan untuk sabun, ialah sebuku sabun. Dengan pengecualian tertentu dan khusus, buku, walau apapun ukurannya, besar atau kecil, ialah empat segi tak sama.
Biasanya buku adalah helaian kertas yang dijilid.
Buku adalah produk cetakan yang mempunyai awalan lazim, susunan bab, dan akhiran lazim.
Awalan lazim ialah kulit muka depan, keterangan buku meliputi hakcipta dan ISBN, kemudian Kata Pengantar, Prakata, Sekapur Sireh, dan Kandungan.
Akhiran lazim ialah, Bibliografi dan Indeks, serta kulit buku.
Saya berazam buku ini menjadi satu kenyataan, dan saya sanggup dengan bersungguh-sungguh supaya projek ini mencapai kejayaan.
Saya melantik diri saya sebagai pengarang buku ini, dan saya juga melantik diri saya sebagai konsultan projek ini.
Semua menteri berkenaan, pegawai kerajaan, naib cansellor, pengetua, guru besar, pendidik, atau pelajar, boleh menyertai projek ini.
Syaratnya mudah, anda dikehendaki mendaftar sebagai ahli e-Komuniti bukuonline.org. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Anda boleh lakukan secara talian terbuka, mahupun talian tertutup.
Nama buku: Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang.
Nama Projek: Setiap Pelajar Hasilkan Minima Sebuah Buku.
Tarikh Mula: Sekarang.
Untuk Keterangan Lanjut, hubungi:
Zubli Zainordin
017 236 0063
Begitulah serba sedikit penjelasan apa sebenarnya motif saya, perihal Projek Khas Nasional, dan Buku ini.
Anda!
Sudah bersedia?
Baiklah, jom kita mulakan...
Suara Sambungan 3 Pengarang Buku & Konsultan Projek Khas Nasional ~ Zubli Zainordin
02. Siapa Saya?
Saya, Zubli Zainordin, Pengasas, Sains dan Seni Jaya Diri Total.
Merangkap, Timbalan Ketua (Komunikasi) Bukuonline.org, yang juga bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Buku Negara, dan ada kontek yang akrab dengan Perpustakaan Negara Malaysia, tahu syarikat penerbitan yang hebat, dan tahu syarikat percetakan yang berwibawa. Saya faham keseluruhan penghasilan buku, InsyaAllah, dari A – Z.
Suara Sambungan 2 Pengarang Buku & Konsultan Projek Khas Nasional ~ Zubli Zainordin
01. Projek Khas Nasional
Seorang Individu Hasilkan Minima Satu Buku
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Sekolah)
Siri penerangan akan dilangsungkan secara berterusan, dan buku ini sebagai rujukan selepas penerangan itu disampaikan.
“Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang” ialah sebuah buku yang bertujuan supaya anda jadikannya dorongan untuk anda mengarang buku sehingga berhasil diterbit di pasaran Malaysia.
Buku ini yang tersurat mengandung panduan dan petua mengarang buku, dan yang tersirat ialah semangat untuk menyiapkan buku supaya diterbitkan. Seterusnya dipasarkan dan dijualkan.
“Projek Khas Nasional” ialah sesuatu yang ingin dijadikan sehingga terjadi. Sesuatu yang khusus dan istimewa, meliputi seluruh negara.
Sama-samalah kita jadikan usaha murni ini terjadi.
“Seorang Individu Hasilkan Minima Satu Buku” ialah satu harapan. Harapannya ialah, seandainya seorang rakyat atau penduduk di Malaysia menghasilkan sebuah buku, maka kiralah berapa juta buku yang dihasilkan.
Harapan ini ditujukan kepada setiap individu di Malaysia. Setiap individu boleh menghasilkan minima sebuah buku. Sebuah buku yang dihasilkan oleh setiap individu, sudah memadai. Tambahan lagi, menghasilkan lebih daripada satu, lebih bagus.
”(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Sekolah)”, Sebenar setiap individu di kalangan rakyat dan penduduk Malaysia boleh menyertai projek ini. Namun, tumpuan awal ialah kepada pelajar sekolah.
Ini adalah kerana melentur buluh biarlah sedari rebungnya.
Seandainya, individu dari peringkat Tadika, Tabika dan seumpamanya sehinggalah murid tahun 6, Tingkatan 1 dan 2, maka, mereka belum termasuk dalam tumpuan ini.
Sementara individu di peringkat Institusi Pengajian Tinggi juga tidak termasuk dalam tumpuan kali ini. Namun, boleh diizinkan jika ada yang berminat.
Tumpuan ialah kepada individu yang disebut sebagai Pelajar ialah dari Tingkatan 3 hingga ke tingkatan 6 Atas.
Andalah yang ditumpukan dalam projek ini.
Anda boleh mengemukakan soalan ataupun pertanyaan terus kepada saya.
Suara Pengarang Buku & Konsultan Projek Khas Nasional ~ Zubli Zainordin
03. SUARA:
Urus Lurus Tulus Lulus
Saya yakin dan percaya, setiap sesuatu ada caranya diurus. Supaya hasilnya terbaik.
Urus sesuatu dengan cara itu dan begitu, biarlah lurus. Tiada bengkang-bengkok.
Maksudnya diurus dengan tulus. Serta ikhlas dalam urus, urusan, dan menguruskannya.
InsyaAllah, lulus.
Maksudnya berjaya!
Semoleknya, berjaya total..!
Mukasurat ini memuatkan suara dari hati saya, dalam bentuk boleh dibaca.
Utama sekali, saya sentuh perihal:
01. Projek Khas Nasional,
02. Siapa Saya, dan
03. Buku Ini
Bagaimana Karang Buku ~ John Graden
How to Write a Book -- powered by ExpertVillage.com
About the Expert
John Graden John Graden is an internationally acclaimed speaker, author and pioneering entrepreneur. An eighth-degree black belt, Graden is known worldwide as the teacher... read more
Bagaimana Poin Karang Bab Demi Bab ~ John Graden
How to Write a Chapter-by-Chapter Outline -- powered by ExpertVillage.com
About the Expert
John Graden John Graden is an internationally acclaimed speaker, author and pioneering entrepreneur. An eighth-degree black belt, Graden is known worldwide as the teacher... read more
Ajar Kanak-Kanak Bagaimana Karang Buku ~ Laura Turner
Teaching Children How to Write a Book -- powered by ExpertVillage.com
Rabu, 1 April 2009
3 Peringkat Karang Buku ~ Zubli Zainordin
"Sudah sampai peringkat mana?"
Sukar dijawab?
Ewah! Ada peringkat pula rupanya...
Secara mudah, ada 3 peringkat sahaja:
01. Sebelum
02. Semasa
03. Selepas
Jelasnya, sebelum buku dikarang; semasa buku sedang dikarang, dan selepas buku dikarang.
Pengarang berpengalaman seperti Orna Ross, mencadangkan 8 peringkat proses karangan ke semuanya. Ini perinciannya:
01. Persediaan ~ Preparation
02. Perkolasi ~ Percolation
03. Perancangan ~ Planning
04. Draf - Drafting
05. Membentuk/Susunatur ~ Shaping/Ordering
06. Mendalam ~ Deepening
07. Edit ~ Editing
08. Lengkap - Complete
Sila lawat Blog nya, untuk perincian.
Bobbi Linkemer - Creating an Outline & Table Of Content
Creating an Outline & Table of Contents to Write a Non Fiction Book -- powered by ExpertVillage.com
SUARA Hati ~ Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang..!
03. SUARA:
Urus Lurus Tulus Lulus
Saya yakin dan percaya, setiap sesuatu ada caranya diurus.
Urus sesuatu dengan cara itu dan begitu, biarlah lurus. Tiada bengkang-bengkok.
Maksudnya diurus dengan tulus. Serta ikhlas dalam urus, urusan, dan menguruskannya.
InsyaAllah, lulus.
Maksudnya berjaya!
Semoleknya, berjaya total..!
Mukasurat ini memuatkan suara dari hati saya, dalam bentuk boleh dibaca.
Utama sekali, saya sentuh perihal:
01. Projek Khas Nasional,
02. Siapa Saya, dan
03. Buku Ini
01. Projek Khas Nasional
Seorang Individu Hasilkan Minima Satu Buku
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Sekolah)
Siri penerangan akan dilangsungkan secara berterusan, dan buku ini sebagai rujukan selepas penerangan itu disampai.
“Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang” ialah sebuah buku yang bertujuan supaya anda jadikannya dorongan untuk anda mengarang buku sehingga berhasil diterbit di pasaran Malaysia.
Buku ini yang tersurat mengandung panduan dan petua mengarang buku, dan yang tersirat ialah semangat untuk menyiapkan buku supaya diterbitkan. Seterusnya dipasarkan dan dijualkan.
“Projek Khas Nasional” ialah sesuatu yang ingin dijadikan sehingga terjadi. Sesuatu yang khusus dan istimewa, meliputi seluruh negara.
Sama-samalah kita jadikan usaha murni ini terjadi.
“Seorang Individu Hasilkan Minima Satu Buku” ialah satu harapan. Harapannya ialah, seandainya seorang rakyat atau penduduk di Malaysia menghasilkan sebuah buku, maka kiralah berapa juta buku yang dihasilkan.
Harapan ini ditujukan kepada setiap individu di Malaysia. Setiap individu boleh menghasilkan minima sebuah buku. Sebuah buku yang dihasilkan oleh setiap individu, sudah memadai. Tambahan lagi, menghasilkan lebih daripada satu, lebih bagus.
”(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Sekolah)”, Sebenar setiap individu di kalangan rakyat dan penduduk Malaysia boleh menyertai projek ini. Namun, tumpuan awal ialah kepada pelajar sekolah.
Ini adalah kerana melentur buluh biarlah sedari rebungnya.
Seandainya, individu dari peringkat Tadika, Tabika dan seumpamanya sehinggalah murid tahun 6, Tingkatan 1 dan 2, maka, mereka belum termasuk dalam tumpuan ini.
Sementara individu di peringkat Institusi Pengajian Tinggi juga tidak termasuk dalam tumpuan kali ini. Namun, boleh diizinkan jika berminat.
Tumpuan ialah kepada individu yang disebut sebagai Pelajar ialah dari Tingkatan 3 hingga ke tingkatan 6 Atas.
Andalah yang ditumpukan dalam projek ini.
Anda boleh mengemukakan soalan ataupun pertanyaan terus kepada saya.
Konsultan Projek Khas Nasional
Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)
Merangkap
Timbalan Ketua (Komunikasi)
017 236 0063
http://bukuonline.net/page.php?4
411 Blok 19, Seksyen 8
40000 Shah Alam